Rabu, 23 Mac 2016

7 Tanda Kolestrol Tinggi

7 Tanda Kolestrol Tinggi Dalam Badan :-

  • Kaki sering berasa kebas 
Ia berlaku kerana darah bergumpal menyebabkan alirannya ke bahagian kaki tidak lancar

  • Mudah letih dan cepat mengantuk
Peningkatan kolestrol menyempitkan pembuluh darah dan mungkin juga menutupnya. Ini menyebabkan aliran darah membawa oksigen ke otak terhalang membuatkan kita cepat mengantuk

  • Senak dada sebelah kiri
Ini tanda pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat akibat kadar kolestrol terlampau tinggi

  • Sering sakit kepala, rasa berat dan tegang di belakang leher
Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala

  • Kaki membengkak
Ini kerana pembuluh darah yang semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah

  • Timbul bintik-bintik putih (biji lemak)
Ia hadir pada bahagian bawah mata, kawasan wajah atau leher yang berpunca dari kadar trigleserida yang tinggi

  • Tanda kuning muda
Pada tengah atau hujung kelopak mata, merupakan mendapan kolestrol, ada juga mengalami benjolan padat pada siku, tumit atau lutut