Isnin, 20 Januari 2014

Home made : Ais Krim Oreo

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Alhamdulillah masih diberi kesempatan lagi...

Apa khabar semua uolls?... iolls alhamdulillah walaupun macam perit-perit tekak bila bangun tidur tapi bila masuk tengah hari dah okey dah...muahahaha... Sakit dan sihat tu rahmat yang Allah bagi, sebagai hamba kita terimalah seadanya dan redha... Penting tu...

Nak story semalam punya cerita ni... Semalam tak dan nak up date sebab busy sesangat... Busy ke hape nye hah ni yang nak story ni... Semalam iolls busy home ice cream uolls... Hari tu dah try perisa durian dan kali ni gatal-gatal sangat nak try perisa jagung pulak... Tapi memang excited sangat...hihihi.. Tapi dah alang-alang membancuh baik buat sekali banyak perisa... Takde makne nye satu perasa je.... Kat rumah iolls tu banyak mulut yang perlu di sumbatkan....hahaha... Past tu bukan selalu pun rajin cenggini kan... So semalam selain dari perasa jagung ada jugak lah perasa oreo dan milo... Mari iolls share kan resepi nye tapi ni iolls bagi resepi untuk oreo yer... Kalau perasa jagung next entry la yer...heheeehe....


Home Made Ais Krim Oreo



Bahan-bahan :

1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 biji telur (buangkan pusat telur)
1 sudu besar ovalett (pasti yang halal)
1 sudu kecil esen vanilla
6 ketul biskut oreo (asingkan krim dan kisar biskutnya)

Cara-cara :

- Masukkan semua bahan ke dalam mixer (susu cair, susu pekat, telur, esen vanilla dan ovalett).
- Mixer kan semua bahan selama 15 - 20 minit.
- Masukkan ke dalam bekas dan taburkan oreo yang telah dikisar. Gaulkan bagi serata. Kacau dengan sudu   je pun boleh kalau nak buat banyak perisa asingkan lah dulu bancuhan yer...
- Hiaskan bahagian atas adunan dengan lebihan biskut oreo.
- Simpan dalam peti sejuk semalaman.

Cencaru Tumis

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Yuhuuu.... Ambik mood diri sendiri ni... Gaya macam tengah excited dan ceria sangatkan padahal nye....ermm...

Kita ni kan sebenarnya tengah layan mata tau... Mata tengah ngantuk perut pulak tengah berkeroncong berdangdut bagai, minta diisi tapi mood malas tahap gaban nak cari makanan... Sebab dah bosan makan makanan yang sama je kat opis ni... Kalau kat rumah tu boleh gak mereka-mereka menu sendiri... Ni kalau kat opis mana nye dapat... Makan je lah kat kedai ikut selera orang kedai tu masak...hrmmm...

Cerita bab mereka-mereka ni hah kita nak share satu resepi yang memang main campak-campak je masak nye... Senang dan simple sesangat...hahaha.... Menu untuk time malas pun hokeh gak ni... Jom layannn...

Cencaru Tumis




















Bahan-bahan :

2 ekor ikan cencaru
1 biji bawang holand (potong dadu)
6 biji cili (belah dua)
1 sudu besar sos tiram
Minyak secukupnya
Sedikit air
Garam
Kunyit
Serbuk perasa

Cara-cara :

- Potong dua ikan cencaru dan tidak perlu buang kulitnya. Kelar di bahagian belakang.
- Basuh dan kunyit garamkan ikan cencaru tersebut.
- Gorengkan ikan cencaru dan tidak terlalu garing.
- Angkat dan ketepikan.
- Tumiskan bawang dan cili. Masukkan sedikit air dan masukkan sos tiram.
- Masukkan garam dan perasa. Kemudian masukkan ikan. Gaul sebati. Siap..

Rabu, 15 Januari 2014

Alhamdulillah dan tahniah...

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan salam Maulidur Rasul...

Semalam tak dan nak up date sebab sibuk menyertai pertandingan perarakan Maulidur Rasul di Stadium Melawati Shah Alam... Alhamdulillah pertama kali kumpulan wanita menyertai pertandingan perarakan ini kami berjaya... Walaupun di tempat keempat kami bersyukur sangat kerana terpilih....

Semangat dan kerjasama antara sesama memang penting... Berpanas dan perjalanan jauh pun di gagahi rasa cinta pada Rasul yang banyak berkorban untuk umatnya... Kalau setakat perjalanan kami semalam hanya 1.6km memang tidak dapat setanding dengan pengorbanan yang telah Nabi Muhammad s.a.w. lakukan untuk umatnya... Subhanallah.. Sungguh besar pengorbanan mu Ya Rasulullah... Aku bersyukur kerana menjadi umatmu... Hati rasa pilu bila berselawat beramai-ramai memuji namamu Ya Rasulullah...

Jom layan...

mari selawat banyak-banyak...


Pakaian yang disponsor oleh jabatan...

Bariss... Sedia!!!

Kami....

Adik..kakak manisss..

Kumpulan Hijjaz membuat persembahan..
Giliran Hafiz Hamidon pulak...

Bergambar kenangan bersama YB Halimah

Alhamdulillah... Kami berjaya..

Syukur...

With Linda a.k.a Ibu L...

Alhamdulillah semua dengan izin Allah.. Berbaloi jam 5 pagi kami dah gerak dari rumah... Tapi kami tetap bahagia....




























Selasa, 7 Januari 2014

Filem Negatif Lebih Positif

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan salam sejahtera ke atas kalian semua.... Alhamdulillah... Terima kasih Allah...^_^

Filem negatif lebih positif?? aiii... Hokeh korang jangan pening-pening... Biar acu story yer... Filem negatif tu bukanlah maksud acu di sini nak kata perfileman tu tak elok tapi filem negatif yang acu cuba nak sampaikan di sini ialah filem negatif yang dolu-dolu kita amik gambar guna kodak tu... Hingat tak korang... Hamboi-hamboi mentang-mentanglah dunia dah canggih di lupai pulak kamera kodak yer...

Acu terbaca satu artikel dalam majalah Gen-Q skil penulis Jeffry Joharay yang dia pernah guna filem negatif sebagai acuan tulisannya... Mungkin tulisannya pada zaman kanak-kanak tak shantek tapi kreatif sangat dan idea yang sangat deboomm menggunakan filem negatif sebagai acuan tulisannya...

KAEDAH MENGHASILKAN TULISAN DARIPADA FILEM NEGATIF

(1) Apa yang diperlukan?


  • Pen yang bersaiz 0.5mm, 0.7mm atau 1.0mm (gel atau ball point). Setiap jenis pen menghasilkan tulisan yang berbeza kerana ketebalan tulisan bergantung kepada saiz mata pen manakala kekemasan tulisan pula bergantung kepada kelancaran dakwat yang keluar.
  • Filem negatif terpakai. Pada sekitar tahun 1990an, masih ada kamera yang menggunakan filem dan ia dijual berdasarkan kapasiti kelajuan ISO seperti 100, 200, 300 dan 400 dan jumlah dedahan gambar yang boleh dihasilkan seperti minimum 16, 24 dan 36.



(2) Bagaimana memulakan?

Ambil dan gunting filem negatif sepanjang 15cm. Letakkan filem negatif dengan selari di atas buku. Kemudian, ambil pen dan boleh menulis di dalam lubang-lubang di bahagian tepi filem negatif tersebut.
Selamat mencuba..

Inilah hasilnya.... Acu dah cuba... korang jangan lupa cuba tau...


Amacam?? Kreatif tak idea beliau... erm kenapalah tak terpikir pun sebelum ni kan... Masa zaman acu kecil-kecil dulu ada gak tengok kawan-kawan tulis letak pembaris...hah korang pernah buat tak?? Nanti hasil tulisannya bahagian bawah lurus je...heehhe... Macam-macamkan... Selamat mencuba!!!...

Info: Selain digunakan untuk menulis, filem negatif juga boleh digunakan untuk melihat fenomena gerhana matahari. Tapi awas! Hanya filem negatif yang telah dicuci dan over expose (biasanya berwarna gelap) saja boleh digunakan.

Isnin, 6 Januari 2014

Kerabu Kedondong

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Camner mood korang hari ni??.. Opsstt... Jangan jawap!!... Senyum je... Takut-takut jawapan yang keluar dari ucapan kita tu nanti akan membuatkan kita akan terus rasa sedemikian... So senyum je hokeh...😃

Hari ni aku nak share lagi resepi... Suka sangat kongsi dengan orang ramai.. Sebab bagi aku buat apa nak kedekutkan apa yang aku tahu... Bukan boleh pun tanam sama nanti dalam kubur... Kalau aku kongsi dengan orang lain sekurang-kurangnya korang boleh cuba... Kalau tak sedap tak payah buat lagi... Kalau ada terkurang mungkin boleh tambah bahan lain untuk menyedapkannya... Sekurang-kurangnya dah tambah ilmu korang kan... Ilmulah jugak... Ilmu memasak...hehehe... So tak payah nak citer panjang sangat... Jom layannn...

Kerabu Kedondong


Bahan-bahan:
 
4 biji buah kedondong
1/2 batang lobak merah
1 kuntum bunga kantan
2 biji limau kasturi
1 sudu besar udang kering
1 biji bawang besar
5 tangkai cili
Sedikit belacan

Cara-cara:

- Sagat buah kedondong dan lobak merah.
- Campurkan belacan dan udang kering. Tumbuk kasar ( tidak perlu lumat sangat )
- Hiriskan bawang besar, cili dan bunga kantan.
- Masukkan buah kedondong dan lobak merah ke dalam bekas. Gaulkan dengan bahan yang ditumbuk dan bahan dihiris tadi.
- Kemudian perahkan jus limau kasturi dan perasakan dengan garam.

Lembutkan Ayam dan Daging

Lembutkan Ayam dan Daging



Ayam dan daging memang enak dimakan, apatah lagi kalau dibuat rendang.. Meskipun begitu, selera kita kadang-kadang terganggu kalau ayam atau daging yang dimasak adalah liat... Disini ada cara mudah untuk mengatasi masalah ini... 

Caranya bersihkan ayam atau daging terlebih dahulu, kemudian gaulkan ayam atau daging tersebut dengan nenas muda. Selepas itu, basuh dan toskan... Selain boleh melembutkan, cara ini turut membantu anda menyingkirkan bau hanyir dan lemak yang terlekat pada daging atau ayam dengan lebih mudah.

Mengelakkan Urat Timbul

Bismillahirahmanirahim...

Memang ada sesetenggah orang mengalami masalah urat timbul... Kalau lelaki mesti kita fikir rajin kerja orang nya ni kan... Tapi kalau perempuan??? adeh malu pun ada jugakkan... Lagi-lagi kalau urat yang timbul di bahagian betis... Di sini aku akan kongsikan petua orang lama tentang masalah urat timbul ni...




Ambil segenggam kacang hijau dan rebus tanpa gula tetapi jangan sampai hancur. Kalau dah hancur jadi buburlah pulak...heheehe... Jadikan kacang hijau menjadi satu gelas. Makanlah pada setiap pagi dan petang.
Satu lagi petua yang mudah dan boleh di lakukan setiap hari adalah angkat kaki ke atas setinggi mungkin sebelum tidur. Duduk secara melunjur dengan badan bersandar pada dinding selama 10 minit.

Jom baca sekejap... tak dosa pun kalau kita baca....

BACALAH KEJAP.. TAK DOSA PUN.. DAPAT PAHALA FREE LAGI 
Sharing info moment..
Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat."
Rasulullah S.A.W bersabda "Sebarkan Walaupun
Daripada Sepotong Ayatku 
Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut shahadah ketika sarakatul maut.. 
Assalamualaikum.
5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut:
1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.
2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.Mujarabnya, In sha Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam). Sabda Nabi Ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.
Cara senang utk dptkan pahala
walaupun slps mati . 
..Pasang kipas di surau/masjid
wlaupun 1 , setiap kali org guna ,
anda dpt pahala walau slps mati .
🚑 Derma kerusi roda di
hospital . Setiap kali psakit guna ,
anda akn dpt pahala . 
👔 Beri baju kpd org , setiap kali
org pakai , anda dpt pahala .
🍲 Beri makanan kpd org , anda
dpt pahala selagi makanan itu
mnjadi darah dagingnya .
📖 Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka
mengamalkan pahala anda tetap
ada .
📩 Kongsi mesej ini kpd orang
ramai ... Walaupun 1 tolong
kongsikan kpd org, anda akn dpt pahala sbb anda telah brdakwah
utk sampaikan ilmu. InsyaAllah yg penting keikhlasan kerana Allah semata2 😊...
7 kalimat yg harus di biasakan.. 
1.Bismillahirrahmannirrahim-Setiap hendak melakukan sesuatu. 
2.Alhamdulilah-Setiap habis melakukan sesuatu. 
3.Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yg buruk. 
4.InsyaAllah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg. 
5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.
6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian. 
7.Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya. 
Ada 2 pilihan utk anda : 
1.Biarkn sja text ini tanpa bermanfaat utk org lain. 
2.Anda sebarkan kepada semua kenalan anda.
Rasulullah bersabda,"Barangsiapa yg menyampaikan 1 ilmu sja dan ada org yg mengamalknnya,maka walaupn yg menyampaikan sudah tiada(meninggal dunia),dia akann tetap memperoleh pahala.. 
Amiiin ya rabbal alamin
Semoga bermanfaat.
Amin....
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
Hantar ke semua contact . Anda akan membuat beribu , malah berjuta-juta org berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W

Ahad, 5 Januari 2014

Elakkan tidur selepas subuh

Bismillahirahmanirahim..


Subuh.. Memang waktu yang sangat enak untuk tidur atau sambung tidor setelah menunaikan solat subuh... Tapi tahukah kita sebenarnya ia satu kesalahan dan tabiat buruk.. Jeng..jeng..jeng.. 

Kadang-kadang ada sesetengahnya sudah tahu tapi tak hiraukan pun sebab waktu subuh memang sangatlah seronoknya tidur... Dan tidak mustahil juga ada yang sampai terlepas menunaikan solat subuh sebab sayang sangat nak tinggalkan bantal, selimut dan tilam... Kan??.... Tahu tak kita semua pada waktu subuh sebenarnya otak kita sedang berada di tahap yang aktif.. Sepatutnya kita pergunakan sebaik-baiknya waktu itu.. Seperti mengulangkaji pelajaran atau membuat kerja-kerja yang berfaedah... Rugikan kita tak pergunakan waktu yang sangat naik itu.. Jom kita ingat dan kita kaji semula apa sebab kita mesti elakkan tidur selepas subuh...

5 Sebab Tidur Selepas Subuh Mesti Dielakkan

(1) Bukan amalan para ulama dan orang soleh
Para ulama dan orang soleh terdahulu membenci tidur pada waktu subuh. Seorang ulama yang terkenal dalam pelbagai bidang ilmu, Ibn Qayyim memberi penegasan tentang hal ini. Beliau menjelaskan bahawa tidur pada waktu ini boleh mematikan hati, membuat badan menjadi malas dan juga mensia-siakan waktu yang berharga.

(2) Terlepas menghirup udara segar
Kajian menunjukkan udara pada jam 3.00 pagi sehingga 7.30 pagi adalah waktu paling segar dan terbaik untuk dihirup. Ia bersih dari pencemaran asap-asap kenderaan dan gas-gas beracun. Udara yang segar ini baik untuk kesegaran otak dan tubuh.

(3) Menimbulkan rasa malas dan tidak bersemangat pada hari tersebut
Ibn Qayyim berkata: " Pagi hari umpama hari muda seseorang, manakala waktu malam ibarat hari tuanya. Amalan seseorang pada waktu muda sangat berpengaruh kepada amalan sewaktu tuanya. Jika seseorang sudah bermalasan pada pagi hari, maka dia juga menjadi malas pada waktu petang dan malam.

(4) Pintu rezeki menjadi sempit
Rasulullah s.a.w. melihat Fatimah r.ha. sedang berbaring setelah solat subuh, lalu Baginda bersabda, maksudnya: " Wahai anakku, bagunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu dan janganlah engkau jadi daripada kalangan orang yang lalai. Sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbitnya fajar sehingga terbitnya matahari." 
(Riwayat al-Baihaqi)

(5) Mendatangkan beberapa jenis penyakit pada badan seperti lemah syahwat.

Rujukan : Majalah Gen - Q

Gulai Ikan Termenung + Timun(Kedah)

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum dan selamat petang... Salam ketemu pada petang yang indah ini... Syukur alhamdulillah masih di beri kesempatan...

Hah tajuk bukan main lagikan... Ikan termenung?? Ada yang pening jap ke fikir ikan apa tu...hehe... Memula dolu-dolu pun aku tak tau tapi dah berkawan dan ada pulak abang ipar orang sebelah utara... So tau la jugak.. Okeh jom aku bagitau pada yang tak tau la yer.. Pada yang tau tu buat-buatlah tak tau dan kalau salah tolong betul kan yer... 
Ikan termenung tu ialah panggilan bagi ikan kembung di belah utara sana... Depa panggil ikan tu termenung cheq pun tak tau kenapa.. Mungkin sebab ikan tu suka termenung masa depan sampai senang tangkap ka atau ada sebab lain ka... Tapi abang ipaq cheq habaq ikan dah mati memang la dia pakat termenung...muahaha.. Ada betui jugak tu...

Hari ni punya resepi cheq...haish kemain lagi nak cakap sleng utara pulak...hehe... Okeh resepi ni aku dapat dari sorang akak kenalan aku jugak lah.. Akak ni orang Kedah hah sebab tu la resepi kali ni ada nama negeri di hujung nama resepi tu... Akak tu kata ni resepi darinya.. Aku panggil mak akak tu Mak Tok.. Comei Mak Tok tu...hehe... Suka aku kalau borak dengan Mak Tok ni.. Yelah aku kan dah takde mak apetah lagi atok so rasa terubat jugak lah hati tu bila berborak dengan Mak Tok ni.. Pape pun time kasih aku ucapkan pada Kak Masyita dan Mak Tok ye.. Sudi kongsi resepi dan alhamdulillah sekarang aku dah pandai pulak masak gulai...ecewah macam bangga sekejap...hihi...

Gulai Ikan Termenung + Timun (Kedah)
Rujukan: Kak Masyita Mohammad


Bahan-bahan:
1/2 kilo ikan termenung @ ikan kembung
2 biji timun (dibuang mempuluh tengahnya or biji)
4 sudu serbuk kari ikan (dibancuh dengan 1 cawan air)
2 sudu serbuk cili
1 cawan air asam jawa pekat
4 biji bawang merah ( dihiris )
6 biji bawang putih ( dihiris )
1 sudu halba campur
2 tangkai daun kari
Minyak menumis secukupnya
Garam

Cara-cara:
- Basuh ikan dan garam kunyitkan.
- Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halba campur hingga kekuningan.
- Kemudian masukkan bancuhan serbuk kari dan serbuk cili.
- Masukkan semangkuk air dan kacau. Biarkan menggelegak.
- Setelah menggelengak masukkan air asam jawa dan timun. Biarkan timun sehingga empuk.
- Akhir sekali masukkan sedikit air, ikan dan garam.

Sabtu, 4 Januari 2014

Bubur Kacang Hijau Durian

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan selamat petang... Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi... 

Tak mau nak bebel-bebel panjang sangat.. Hari ni nak share resepi bubur kacang hijau durian... Alhamdulillah dapat jugak buat dan makan makanan satu ini... Masa kenduri kahwin anak buah hari tu lagi aku terpinggin tapi abang durian takde pulak jual durian... Sakit pulak hati kita kan... Tapi alhamdulillah rezeki Allah dapat jugak hah...

Bubur Kacang Hijau Durian


Bahan-bahan:
500 gram kacang hijau
Santan (1biji kelapa)
1/2 cawan gula
3 sudu gula merah
7 ulas durian
1 helai daun pandan
Sedikit garam

Cara-cara:
- Basuh kacang hijau terlebih dahulu. 
- Rebus kacang hijau sehingga empuk dan tertanggal kulitnya.
- Setelah cukup empuk masukkan santan. (Jika air rebusan kacang tadi terlalu banyak buang terlebih dahulu.)
- Kacau dan masukkan gula putih, gula merah, daun pandan, durian dan garam.
- Kacau sebati sehingga menggelegak. Siap!.

Masak lemak cili api + tempoyak

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum dan salam tengah hari... Confius sekejap nama menu yang lepas aku masak ni... Yang mana betul pun tak tau lah.. Ikut suka dan faham-faham sendirilah yer...hehe... Masak lemak cili api tempoyak or masak lemak tempoyak cili api??? Ikut belasah lah...hakhak...

Hah dah tengah hari ni.. Mesti peningkan nak masak apa cuti-cuti ni kan?? Jom aku share kan salah satu menu yang syiok makan tengah hari...

Masak Lemak Cili Api + Tempoyak


Bahan-bahan:
4 ekor ikan biji nangka (ikan apapun boleh)
Santan (1 biji kelapa)
2 biji bawang kecil (ditumbuk)
2 biji bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 inci kunyit hidup (ditumbuk)
1 keping asam keping
1 batang serai (ditumbuk)
5 biji cili api (ditumbuk) kalau suka pedas lebihkan yer...
2 sudu besar tempoyak
Garam secukupnya

Cara-cara:
- Basuh ikan. Kemudian kunyit dan garamkan ikan tersebut.
- Masukkan santan ke dalam periuk dan masukkan bahan-bahan yang ditumbuk.
- Hidupkan api dalam kadar sederhana.  Kacau kuah selalu supaya.
- Masukkan asam keping dan tempoyak.
- Kacau lagi kuah sehingga mengelegak dan masukkan ikan. Perasakan dengan garam. Siap!..

Rabu, 1 Januari 2014

Nasi Jagung

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Yuhuuu... Bersiaran lagi untuk malam ni... 

Dari pagi tadi terfikir-fikir nak masak apa hari ni??.. Macam nak kelainan sikit sebab hari cuti-cuti ni ingat nak main masak-masak lah di dapur kecil kita...hehe... Sebab kalau hari biasa tak dan nye sebab balik kijer je dah macam malas nak main masak-masak... Lagi-lagi bila balik kijer akak dah siap masak pun... Biasa kalau cuti memang lah giliran aku yang masak...eh..eh..macam ada jadual pulak kan...hehehe... Fikir punya fikir aku nak try buat nasi jagunglah... Yes!.. Memang nasi jagung aku buat.. Dah ade nasi of couse ada lauk kan... So lauk nye aku pilih ayam masak merah dan acar nenas dan timun... Jom aku share kan resepi nya... Tapi sebelum tu nak ucapkan terima kasih pada blog Kak Noorsha... Sebab ni first time aku buat nasi jagung dan alhamdulillah jadi di atas perkongsian resepi blog Kak Noorsha...toceh kak.. Ni saya mintak izin panjang-panjangkan resepi akak yer...

Inilah hasilnya nasi jagung berlaukkan ayam masak merah dan acar nenas dan timun versi aku...hehe...


Nasi Jagung


Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
3 cawan air
1 cawan susu cair
1 biji bawang besar - saiz kecil
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
2 sb margerin @ butter
1sb serbuk pati ayam (saya guna 1/2 kiub ayam)
1/2 cawan jagung (saya guna jagung jenama waties)
1 batang serai

Cara-caranya:
1. basuh beras, masukkan air dan susu, ketepikan.
2. mayang halus bawang besar, bawang putih dan halia.
3. masukkan margerin @ butter ke dalam kuali dan tumis serai yg diketuk,kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih serta bahan yg dimayang halus tadi hingga kekuningan. 
4. setelah itu, masukkan bahan yang dtumis kesemuanya kedalam periuk nasi dan jangan lupa masukkan juga serbuk pati ayam or kiub ayam.
5. masak nasi seperti biasa. setelah air kering, masukkan jagung dan kacau rata. Tutup periuk nasi dan biarkan nasi masak sepenuhnya.

Tiada beza...

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan salamat pagi... Bersiaran di pagi tahun baru... Selamat datang 2014 dan selamat tinggal 2013...

Tahun baru... Memacam up date kat status fb aku baca dan tengok pada yang tak dan nak baca... Terpulang pada diri sendiri lah kan.. Hak memasing..

Tapi bagi aku sama je tahun baru ni.. Sama macam hari-hari yang aku lalui... Mungkin lainnya pada nombor saja.. Bagi aku hari yang paling aku nanti adalah hari yang 'bakal' mendatang... Kerana hari itu adalah hari segala bagi hari kerana ia hari penamat bagi kita semua... Takut?? Usah nak katalah kan... Tapi ia tetap tiba jua...
Semoga Allah sentiasa merahmati hidup kita ini... Nauzubillah kalau tiada rahmat dari Nya...

Tetapkan doa dan azam untuk berubah ke arah kebaikan... Ke arah yang diredhai.. Semoga Allah memberikan pertunjuk dan hidayah... Ingat.. Di mana dan bila kita berada kita tetap hamba pada Yang Esa...