Ahad, 28 April 2013

Kupas kulit udang dengan mudah


Udang kalau dah masuk dalam peti sejuk terlalu lama mesti sukar untuk mengupas kulitnya.
Jom try petua ini...
Campurkan garam ke dalam semangkuk air, masukkan udang dan biarkan direndam selama 10 minit. Toskan dan kupas kulit udang. Mesti mudah...


Udang sentiasa segar

Untuk petua udang sentiasa segar pula perahkan limau nipis atau asam jawa sebelum menyimpan udang ke dalam peti sejuk. Dengan cara ini udang akan tahan lama dan sentiasa segar.

Perjanjian...

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Saturday... Yupp tapi aku kerja hari ini...wuuaaaa..... Kalau time orang cuti kita kena kerja memang sakit hati and malas je rasanya nak pergi kerja... Tapi kerja acaner nak buatkan... Tapi yang membahagiakan pulak korang kerja aku cuti hari Isnin nya... yahoooo...

Hokeh hari ni aku akan menunaikan perjanjian yang telah aku hebah-hebah kan... Kepoh kan aku ni... Pada korang yang aku nak buat satu 'koleksi baru' dalam label kat blog aku ni dan akan di terbitkan pada setiap hari Sabtu je... Tapi bukan di entry ini tapi di entry yang bakal menyusul di petang hari ini hokeh... Tungguuuu..... hahaaha....

Sabtu, 27 April 2013

Buku Baharu Kanak-kanak

Bismillahirahmanirahim....

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Mari-mari... Tengok buku baharu untuk kanak-kanak kat library.... Lai..lai..lai...







Buku lagu kanak-kanak pun ada..

Buku lagu kanak-kanak ni yang best nya di sertakan sekali dengan cd... Lepas ni staff kat sini pun jadi kanak-kanak lah.... Buat aktiviti menyanyi bersama kanak-kanak...ekeke....




antara senarai lagu yang ada...

Tunggu ye... Akan tiba hari nya aktiviti ini....hehehehe....

' Moon Landing '

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan salam sejahtera uolls... Salam di hari Jumaat penghulu segala hari... Syukur kita masih di beri peluang untuk bertemu pada hari Jumaat lagi....

Hari ini aku tengah galak memproses buku-buku baru yang telah di bekalkan.... Kagum dan sentiasa terfikir... " Subhanallah banyaknyalah ilmu yang hendak di sampaikan melalui buku pada para pembaca... Tapi masalah utamanya ada ke pembaca??... Sayang sangat... Sekarang dah ada perpustakaan dah tak payah dah nak beli-beli buku korang datang dan pinjamlah banyak-banyak... tak kena bayar pun... Sayang sangat buku yang sangat cantek tapi takde pembacanya...

Meh sini aku share kan sikit koleksi buku terbaru kat Perpustakaan Pekan Bestari Jaya ni....

Antaranya buku bertajuk 'Moon Landing' .... Dasyat sungguh buku ni sangat kreatif... Semua gambarnya pop up... Terangkat-angkat gitu...

Cover Moon Landing


Dalamnya... Cer tengok...

Zoommmm....berlepas...

Angkasawan... Kalau pic Dr. Sheikh Muszaphar Shukor lagi bergaya...

ni pop up landing site

tengok tu...

Bagusnya ada gambar dan ada penerangan... Kalau korang tengok real depan-depan buku ni lagi syiok...

Khamis, 25 April 2013

Sambutan Hari Buku Sedunia

Bismillahirahmanirahim....

Assalamualaikum dan salam sejahtera uolls...

Semalam dapat jemputan dari 'Tuan Tanah' bagi program' Sambutan Hari Buku Sedunia ' yang diadakan di Perpustakaan Daerah Kuala Selangor... Tapi semalam tu jemputan untuk sesi merewang je... Sebagai staff yang baik...( ehem..ehem... nada angkat bakul sendiri ni...) kena peka dan perlu bertindak mengikut arahan.... ahahaha.... Serius lah aku staff yang baik kalau tak mesti tak terpilih menjadi staff kat library kan...ahahaa... Semalam aku tolong susun buku untuk " Buku Pameran " dan tolong apa yang patut... Tak dan pulak nak snap gambar... Ibu Linda busy dengan melakar dan memotong kraf tangan topeng rama-ramanya... Tapi malang nya hari program tu aku tak de... Sebab nya???... Aku tak terpilih... sob..sob..sob... Ibu Linda je yang pergi hari ni sebab nya Ibu Linda kena jadi Mc bagi majlis tersebut dan handle untuk aktiviti kraf tangan.... Sebenarnya aku rindu sesangat dengan kakak-kakak senior dan staff library di daerah aku ni... Lama sangat tak jumpa dorang... Bilalah kita nak berjumpa dan berkumpulkan... Syiok sangat kalau dah berkumpul ni... Macam-macam cerita, gurau senda dan ilmu yang di bincang dan di kongsikan.... Macam adik-beradik pun ada kitorang ni... Sayang korang semua.... muuahhhh.....hehehe....

' Think positive '... Yupp... Bila kita pegang pada perkataan think positive ini insya'Allah semua yang kita fikir dan lakukan mesti kearah kebaikan... Macam kes aku ni lah... Walaupun aku tak terpilih untuk menjayakan aktiviti tersebut tapi aku faham sebab nya perkhidmatan di kawasan kita perlu di buka untuk pengguna juga... Dan mungkin pihak atasan ada sebab tertentu untuk membuat keputusan macam tu.... Pada teman-teman seangkatan dengan aku yang tak di jemput untuk program Sambutan Hari Buku Sedunia pada hari ini jangan lah berkecil hati yer... Sabar dan doakanlah yang terbaik untuk majlis di daerah kita... Good luck juga untuk Ibu Linda... Jangan marah sebab masih terpilih menjadi orang penting untuk setiap program dan majlis... hehehe... Mungkin itu kelebihan anda kerana terpilih untuk menjadi Mc or Pengerusi Majlis... Semua boleh bercakap tapi untuk bercakap di depan khaliak ramai mungkin tidak... Contoh terdekat tak payah jauh-jau... Aku nilah... hahaa.. Mau jadi tak formal langsung majlis tu nanti... Tapi kalau di asah mungkin boleh... Yang penting perlu ada keyakinan diri yang tinggi...

Hari ni aku tengah jadi operator handphone bagi menunjukkan arah pada anak akak aku si Kak Long pergi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)... Hari ni Kak Long jadi pengasuh Harraz pulak... Giliran Kak Long pula jaga Harraz sempena cuti semesta ni kan... Lagipun Kak Long kata dah lama sangat dia tak jumpa Harraz... Rindulah tu... " Along tak kesah nak jaga Harraz yang penting ada makanan..." tu jawapan si Kak Long bila di tanya boleh tolong jagakan Harraz tak... Kuat makan ikut siapalah tu...ish..ish..ish.. Tak pe Long kat hospital tu memang ada pakwe handsome yang hantarkan makanan.... ahahaha... Handsome laa sangat.... Sampai yang ada sorang tu naik menyampah Harraz tengok... Dan boleh menghilangkan mood Harraz time tu... Siap nanges lagi dia kalau orang tu tegur dia... Nyampah benor dia... Pandai jugak Harraz ni tengok orang yer... Nak yang ada rupa je... Hamboi..hamboi... Semoga selamat semuanya.... Kesian jugak dengan Nek Wan Harraz yang sekarang masuk hospital yang sama sebab sakit batu karang... Semoga di permudahkan segalanya dan Nek Wan cepat sembuh ... Amin...

Air Sirap Limau

Bismillahirahmanirahim....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... hari ni aku nak share lagi resepi dan kali ni resepi air... hehehe.. Sesaje je nak share pada uolls kalau yang dah tau tu tak pe lah mungkin ada yang tak tau boleh lah try test cuba yer resepi ni....


Air Sirap Limau
Rujukan : Majalah Rasa


Bahan-bahan :-

1 1/2 liter air suam
500 ml aiskrim soda
500 ml air gula
2 sudu makan air limau nipis
1 sudu pewarna hijau
Ais kiub secukupnya

Cara-caranya :-
- Masukkan air suam, ais krim soda, air gula dan limau nipis ke dalam jug.
- Masukkan pewarna hijau. Kacau rata.
-Akhir sekali masukkan kiub ais secukupnya.
- Siap!!!....


Rabu, 24 April 2013

23 April 2013

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan salam sejahtera uolls...

Ada apa dengan tarikh 23 April 2013???... Tarikh ini ialah tarikh ulang tahun kelahiran putera abang ku Alang dan kakak ipar ku... Ulang tahun pertama putera mereka yang di beri nama Harraz Nasri... Yupp... Hari ini genap Harraz setahun di dunia yang sungguh indah ciptaan Nya...

Alhamdulillah syukur sesangat... Semoga anak saudara acu ni bertambah sihat dan sentiasa di lindungi oleh Allah S.W.T... Hadiah tak de.... uhuhu.. Acu belom gaji... sob..sob..sob.. Insya'Allah ada rezeki acu datang sana acu berlanja ye.. Tapi Harraz belom boleh makan... Tak boleh belikan makanan nanti ayah dan ibu yang kenyang....hahaha....

" Ya Allah... Ya Rahman... Ya Rahim... Sesungguhnya hanya pada Mu ku memohon dan berserah... Kau berikanlah kekuatan mental dan fizikal kepada Harraz Nasri... Hanya pada Mu ku memohon dan meminta.... Sesungguh nya Kau Maha Berkuasa, Maha Mendengar lagi Maha Penyanyang... Kau berikanlah kesihatan kepada anak kecil ini Ya Allah... Berilah dia kesempatan untuk terus bernafas di dunia yang sungguh indah ciptaan Mu ini.... Berilah dia kesempatan untuk hidup sihat seperti kanak-kanak lain di muka bumi ini... Berikanlah kesempatan dia merasai hidup bahagia di samping keluarga yang menyanyangi nya....
Ya Allah... Ya Rahman... Ya Rahim... Permudahkanlah segala urusan nya di dunia dan akhirat kelak.... Kau jadikanlah anak ini seorang anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya dan hamba yang soleh kepada Maha penciptanya... Sesungguhnya Kau yang Maha Mendengar segala doa-doa kami... Kau makbulkanlah doa ku ini...  Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar...waqina 'adzabannar...waqina 'adzabannar... Amin Ya Rabbal Alamin...."
Love u so much n forever and ever Danje....

Selasa, 23 April 2013

Popia Berinti Ketam

Bismillahiramanirahim...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hokay untuk hari ini aku nak share kan satu menu lagi untuk sesi di petang hari... hehehee... Kredit to Majalah Rasa... Dok belek punya belek majalah lelama ternampak dan terberkenan plak dengan resepi Popia Berinti Ketam ni... So aku pun try pada petang hari sebagai menu santapan petang untuk seisi keluarga... hahaha.... Jom layan resepi nya... Jangan risau kalau dah nama nya aku memang lah cari resepi yang mudah sesaja...

Popia Berinti Ketam
Rujukan : Majalah Rasa


Bahan-bahan :-

3 ulas bawang putih   }  ditumbuk
2 biji telur
2 biji kentang       }  di potong dadu atau di sagat kasar
1 biji sengkuang      }  di potong dadu atau di sagat kasar
50 gm sayur campur
100 gm stik ketam    }  di celur
Garam secukup rasa
Kulit popia secukupnya
1 sudu bancuhan tepung gandum bersama air   }  di jadikan gam untuk melekatkan kulit popia.

Cara-caranya :-

- Tumiskan bawang putih sehingga kekuningan.
- Kemudian masukkan telur dan kacau di dalam kuali.
- Setelah itu masukkan kentang dan sengkuang. Biarkan seketika.
- Masukkan sayur campur, perasa dan garam. Gaul mesra.
- Ambil kulit popia dan letakkan bahan yang telah di masak tadi bersam stik ketam.
- Gulung kemas dan goreng hingga kekuningan.
- Sedia untuk di hidang dan makan bersama sos thai.


Koleksi baru

Bismilahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... haluu uolls...

Minta maaf sesangat sebab lama gak ni tak buat entry baru.. Jangan hampa kan diri anda yer.. hehehe... Bukan apa kadang-kadang tenet takde... handphone je canggih tapi takde pun tenet... huhuhu.. Sebab saya tidak mampu nak membayar tiap-tiap bulan... huhuhu... Nanti makin bertambahlah aliran or saliran yang nak di setle kan pada awal bulan bila dah masuk gaji... Cukup-cukuplah apa yang ada ni...

Bila time cuti ada saja perkara yang nak di buat... Lagi-lagi sekarang ni rumah tengah di runtuhkan... Jangan terkezut yer bukan sebab tak bayar cukai tanah or yang seangkatan dengannya tapi ada rezeki sikit so abang ipar saya berniat dan berhajat untuk runtuhkan rumah atas dan turunkan rumah atas tu dan buat bilik anak-anaknya... Al-maklumlah anak-anak dah meningkat remaja... So mana boleh tidur dan tukar baju sesama lagikan... haiyaaa... Bahaya wooo... Rezeki yang ada tu lekatkanlah apa yang perlu... Ada betul???... Lagipun sudah agak lama rumah atas tu... Ada sesetengah tiang dan papan yang dah reput... Bahaya untuk di duduki... Yang penting rezeki Allah dah bagi... Alhamdulillah.... Terima kasih Allah...

Tadi aku baru je buat entry menu terbaru... Jangan lupa tengok... Dah tengok apa kata uolls pun try... Jangan risau walaupun resepi ciptaan aku sendri tapi tak mati kot kalau makan... huhuhu...( risau jugak ni...) Janji semua barang tak expired dan masa masak baca doa tau... Dan aku telah share kan jugak resepi tu kat Kongsi resepi.... hehehe.. Makin maju kan aku... Saja je nak share apa yang aku tau pada semua... Tu bukan apa terikut Ibu Linda lah tu... Rasa cam best plak kongsi-kongsi resepi ni... Dan yang terbaru aku akan buat satu koleksi terbaru di blog aku ni jugak... So korang kena dan pasti tunggu apa koleksi baru yang aku maksudkan ni tau... Tapi aku akan buat entry koleksi terbaru ni setiap hari Sabtu or Ahad je...Yang pasti yang terbaik dari Allah yang kurang baik tu datang dari kesalahan diri aku sendiri... Mohon maaf dan mohon di perbetulkanlah andai tersalah yer... Aku hanya seorang manusia biasa di muka bumi ini yang tidak lari dari melakukan kesalahan... Kerana aku bukan seorang yang sempurna.... ( fuhhh ayat....)

Hokay tak payah nak merapu pape lagi... Cukup setakat ini untuk hari ini... Jumpa di lagi di lain entry ya... Wassalam...

Isnin, 22 April 2013

Kari Sotong Berkentang

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan salam sejahtera sekalian...

Mari aku share kan satu menu yang aku reka cipta sendiri...heehee..


Kari Sotong Berkentang


Bahan-bahan :-

500gm sotong    } di potong bulat dan di basuh bersih
2 biji kentang        } potong kasar
3 sudu serbuk kari
2 ulas bawang putih    } di tumbuk      
Setengah biji bawang besar  } di tumbuk
2 sudu sos tiram
1 sudu serbuk lada hitam
Air
Daun kari
Minyak
Garam dan serbuk perasa

Cara-caranya :-

- Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang di tumbuk tadi sehingga kekuningan.
- Kemudian masukkan serbuk kari kacau hingga pecah minyak.
- Masukkan sedikit air dan masukkan kentang. Biarkan kentang sehingga empuk.
- Masukkan garam, serbuk perasa dan sos tiram.
- Bila kentang dah empuk masukkan sotong dan daun kari. Taburkan serbuk lada hitam.

 Okey dah siap dan selamat mencuba resepi terbaru aku.... ekekeke...
** Kalau nak pedas boleh juga tambahkan cili.






Sabtu, 20 April 2013

Langkah mudah untuk kulit bersih

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Jom kita kongsi info langkah mudah untuk kulit bersih...

Rujukan : Dari Lifestyle Yahoo.. Kredit untuk yahoo..

Ramai dikalangan anda yang bimbang tentang kebersihan kulit muka terutamanya golongan wanita. Walaupun penjagaan muka adalah penting, tetapi ramai yang tidak tahu bagaimana melakukannya.

Disini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tips untuk anda cuba: 

Basuh tangan sebelum cuci muka

Sebelum anda bermula untuk mencuci muka anda, bersihkan tangan dengan sabun anti-bakteria supaya bakteria supaya tangan anda bebas dari sebarang bakteria dan baru cuci muka anda. 

Membersihkan solekkan sebelum tidur
Lap muka anda dengan 'wet tissue / make up remover' untuk membersihkan solekkan di muka anda. Elakkan memakai tisu biasa atau kain. 

Cuci muka
Elakkan menguna air yang terlalu panas apabila mencuci muka kerana ia akan menyebabkan saluran darah kapilari (saluran darah yang paling halus) pecah dan kesan kemerahan kulit di sekeliling hidung dan pipi. Sebaiknya gunalah air suam. 

Basuh muka bersama pencuci muka
Ratakan sabun pencuci muka anda dan basahkan terlebih dahulu dengan air. Kemudian gosok dengan tapak tangan sehingga berbuih dan sapukan pada muka anda. 

Buat urutan
Siapa kata hanya di spa sahaja anda boleh mendapatkan urutan? Ramai tidak tahu, sebenarnya jika kita urut muka dengan betul ia akan membantu meningkatkan aliran darah dan oksigen pada kulit muka. Jadi pastikan anda urutkan kulit anda dengan teknik putaran. 

Bilaskan muka
Selepas mengurut muka, bilaskan muka anda dengan air suam. Ia akan menjadikan kulit anda segar. 

Lapkan muka dengan tuala
Gunakan tuala yang bersih. Tetapi jangan tonyohkan terlalu kasar. Ia akan mencederakan kulit anda. Anda hanya perlu lapkan perlahan-lahan. Gunakan kain yang lembut. 

Pelembap muka
Selepas keringkan muka anda, gunalah toner untuk boleh menyegarkan kulit dan krim pada waktu malam sebelum tidur. Kulit anda akan kelihatan lebih segar dan bersih berbanding sebelum ini.

Terapi kaki...

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah kesihatan aku kini dah semakin beransur sihat... Kesakitan gigi yang aku tanggung dalam bulan ini telah beransur pulih tinggal sikit-sikit je lagi rasa sakitnya... Alhamdulillah sangat... Terima kasih Allah...
Terima kasih jugak pada kawan-kawan yang mendoakan saya... Toceh-toceh...

Hokay kita terus cerita untuk entry hari ini... Seperti tajuk di atas (pandang atas sikit) heehee.. Terapi kaki... Bukan urutan yer... Kebetulan hari ni anak buah aku yang kerja kat terapi datang untuk pembukaan cawangan di Bestari Jaya atau nama glamour nya Batang Berjuntai... So dia dah call aku ajak "mai lah datang" kat tempat dia takkan lah tergamak aku nak cakap "tak nak lah" kan??.. Bukan nya jauh pun 50 langkah pun tak sampai... So aku, Ibu Linda n Ebit pun pergilah untuk menambahkan kesesakkan kat tempat terapi tu...

Potpet... Potpet... Dah berborak kejap kitorang semua pun di suruh duduk dan masukkan kaki ke dalam bekas yang telah di isi air, sedikit garam Halal gel dan di pasangkan  satu alat khas untuk proses terapi tersebut ... Proses terapi tu selama 1/2 jam je...


                                                                   jeng....







                                                                     jeng...







                                                            jeng.. jeng... jeng.....



Kaki sapala ni??? ehekehek... jangan nak kutuk lebih yer....
ni lah hasil 20 minit semasa terapi di jalankan... banyak nye kotoran...

ni plak kaki Ebit... Toksin aku dan Ebit nampak nye sedang berlumba-lumba
untuk menunjukkan kehebatan...ahahaaha..

Ni kaki dempaq sapa plak ni...hehehe... nyampah bersih je air nye...
degil sungguh toksin nye nak keluaq... walaupun dah 20 minit berlalu... cam gitu je....

Selepas 1/2 jam di lalui dengan penuh kesabaran dan debaran di hati.... inilah hasil nya...


Tengok selepas 1/2 jam hasil terapi aku... Ya Allah....

ni plak hasil terapi Ebit... eee... kotor nyer...

nyampah... ciput je hasil terapi Ibu Linda ni... kunon lah sihat...
tapi  toksin yang keluar tu buih gelembung...


Jom aku kongsikan sedikit tentang hasil perubahan warna air selepas terapi di jalankan:-

* Kuning kehijauan  -  Toksin dari buah pinggang, pundi, salur kencing
* Kuning kemerahan -  Toksin dari sendi atau gout
* Kuning berminyak  -  Kolestrol
* Coklat kelabu  -  Toksin dari hati dan pundi hempedu
* Hijau tua  -  Toksin dari hati hempedu
* Buih putih berlendir  -  Dari kelenjar limpa
* Buih gelembung  -  Asid toksin, gastrik, kembung perut, angin
* Ketulan putih  -  Tulang rapuh, osroporesis
* Hitam  -  Logam berat, nokkotin, minuman berkafein, ubat-ubatan
* Merah  -  Ketulan darah beku





Selasa, 16 April 2013

Keputusan akhir...

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan selamat petang... Acaner korang hari ni??... Bagi ai hari ini hari sakit... Sakit apa? Jom teruskan baca entry ini...

Hari ini aku sebulat suara mengambil keputusan untuk mengakhiri penyakit gigi geraham aku ini... Setelah berbincang dengan pelbagai kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku ke atas diriku bersama Ibu Linda akhirnya aku dengan segera angkat kaki membawa diri ke Klinik Pergigian Bestari Jaya..

Bila dah sampai sekali tengok ramai daaa... Apa nak buat tunggu jugak lah.. Dari dok menanggung sakit siang malam kan... Lepas 40 minit menunggu tibalah giliran aku... Masuk doktor tak tanya pape pun korang tau... Terus suruh aku baring kat kerusi and suruh aku buka mulut besar-besar... Aku pelik tapi aku terus cakap masalah aku walaupun doktor tak minta penerangan pun..ahaks.. Ada aku kesah... Ni mulut and gigi aku pun... Nama je orang melayu tak mesra langsung.. Tak suka aku... Acaner lah...

Lepas aku baring terus doktor tu cakap bahasa dia dengan sorang lagi pembantu nya... (bahasa gigi kot) hahaha...
Cakap, cakap dan cakap terus dia kata gigi geraham atas aku ni dah rosak so kena cabut... Terus dia ambik jarum untuk suntik akulah tu...huhuhu... Aku tak sula sebab takut pun ada.. Ada sorang hamba Allah (kawan aku jugak) ni kata " ala tak sakit maner pun.. Cam kena gigit ular je"... Gulp... Aku telan air liur... Ular?? Tidaaakkk.... Aku lagi tambah takut... Tapi takut-takut pun bila nombor dah dipanggil redha je kena inject... Sakit gak tapi sikit je.. Sebelum kena inject tu aku dah siap sedia baca bismillah... Minta pertolongan dari Allah... Dah kena inject aku kena tunggu lagi 15 minit...

Selepas 15 minit nombor aku di panggil lagi kali ni untuk proses mencabut gigi pulak... Hanya Allah yang tahu betapa payahnya doktor tu nak cabut gigi aku ni... Aku rasa hampir 10 minit gak doktor tu dok congkah, congkel gigi aku ni... Bila dah selesai aku tengok... Mak datuk ke main panjang gigi aku tu.. Patutlah payah nak mencabutnya... Alhamdulillah lega... Tapi ni tengah tahan sakit jugak... Huhuhu.. Semoga aku cepat sembuh...

Terima kasih kat Kak Maya tolong doa kan kita tadi... Dan tak lupa pada sorang hamba Allah tu pun aku mintak doakan aku... Toceh-toceh... Tapi serius sakit korang tau... Sekarang ni pun tanggung sakit... huhuhu...



Apam beras(mudah)

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum... Yuhuu... Anybody home...hehehe... Ini bukan apa ni lalok sikit coz over doss makan ubat... So inilah kesannya...

Today ai nak buat entry resepi apam beras... Resepi permintaan anak buah ai... Malam minggu lepas ai tengah buat apam beras kebetulan anak buah ai ni datang... Dia kata macam sonang je acu buat apam ni.. So dia pun mintaklah ai share kan resepi apam beras ni... Resepi ni pun ai dapat dari Ibu Linda... Memang sonang sangat pun nak buat apam beras ni tak payah nak guna tapai or nasi perap bagai... Lepas tu sukatannya pun guna cawan je tak payah nak keluarkan timbang bagai... Jom kita tengok resepi nya....

Bahan-bahan:-

2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 sudu kecil mauripan
Kelapa parut campur sedikit garam(digaul)

Cara-caranya:-

-Blend nasi dan air hingga hancur.
-Kemudian masukkan gula dan blend lagi hingga sebati.
-Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan mauripan. Kacau rata.
-Masukkan nasi yang di blend tadi ke dalam bekas tepung tadi. Kacau rata.
-Perapkan adunan selama 3 jam. (Kalau tidak perap nanti apam nya tak naik dan gebu)
-Panaskan pengukus dan balut penutup pengukus dengan kain supaya air wap tidak jatuh di atas apam.
-Sapukan sedikit minyak pada acuan.
-Kukus selama 15 minit.
** Apam beras sedap di makan bersama kelapa parut.. Kalau suka ada warna-warna, korang letak je pewarna dalam adunan hokey...

Selamat mencuba....


Apam beras yang sedang di kukus...


Jeng..jeng...jeng..inilah hasil nya....

Isnin, 15 April 2013

Tidak sepenuhnya...

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum dan selamat malam...entry di malam hari uolls..

Sebenarnya aku saja je buat entry sebelum nak tidoq ni... Sebab mata belum nak tidoq aku buatlah entry... Apa ke tidak nye siang tadi aku asyik je terlekap di bantal...huhu.. Layan kepala yang teramatlah sakit nye di sebabkan gigi geraham aku buat hal... Sakitnya hanya Allah yang tau...

Hujung tahun lepas aku dah nak cabut tapi doktor tak bagi pulak katanya sayang gigi ni nanti kalau cabut tak tumbuh dah.. Aii... Ater memang la tak tumbuh lagi umuq pun dah meningkat dewasa... Dewasa je tapi tak tua... Hahhaha... Kalau umuq macam aku ni tumbuh gigi lagi ai kacau lah gamak nye... Disebabkan doktor yang sayang nak cabut udahnye aku yang menanggung kesakitan ini...sob..sob...(sedih)

Tadi Alang ada hantar pesanan tanya aku kerja tak esok... Memang cuti sebab Saturday dah kerja... Alang nk mintak tolong jagakan Harraz.... Tapi mintak maaf sangat-sangat sebab acu tak sihat sepenuhnya lagi... Bukan tak nak tolong tapi tengah menghadapi kesakitan diri sendiri...wuhuhuhu... Sorry Harraz... Kalau acu dah sihat dan ada kesempatan acu jaga Harraz lagi yer.... Alang kata Harraz tak boleh kuar lagi hospital sebab macam ada dengar lagi kahak kot kat tekak dia... Aku pun tak berapa pasti bunyi kahak ke apa... Alang nak tanya lelebih ni aku malas kang tak nak di layan nya....wuhuhuhu... Pape pun doa terus ku kirimkan semoga Harraz cepat sembuh dan keluar hospital okey...

Semoga esok aku bertambah sihat dari hari ini kerana ada perkara yang perlu di setle kan... Huhu... Okeylah nak beradu dulu lah uolls.... Selamat malam semua... daaaa.... Wassalam...✌

Ahad, 14 April 2013

Tepuk dada tanya hati...

Bismillahirahmanirahim....

Assalamualaikum dan morning uolls.... Selamat berhujung minggu yer... Syiok nyer memasing dok layan mata dan masih ada yang pakat tak perabis lagi membuat bijih ( tahi mata )... eeee... tak senonoh korang yer... Aku terkecuali sebab aku koreje ari ini...huahua....Kalau tak mesti pun sama cam separuh daripada korang...heheeehee... Sendiri mau ingat la yer...

Today tak ada apa sangat yang nak di share kan... Cuma kebelakangan ni aku macam fening sikitlah bila baca di dada-dada akhbar dan macam-macamlah dia dada di kaki media elektronik... Berita memacamlah... Amat aku tidak gemari sikap menjatuhkan maruah antara sesama sendiri untuk kepentingan diri sendiri.... Allah telah kurniakan akal fikiran kepada kita yang membezakan kita dengan mahkluk-mahkluk Nya yang lain.... Jadi fikirlah dengan logik untuk membuat sesuatu keputusan... Jangan dok angguk dan ia kan aje apa yang di dengar dan di baca.... Jadi berbaliklah pada tajuk di atat tu... Tepuk dada tanya hati... Sesungguhnya kalau semua mengambil keputusan untuk menjatuhkan antara satu sama lain apa lagi yang tinggal??... Fikir-fikirkanlah...

Kita jadilah diri kita sendiri dan ingat landasan hidup kita.... Tiada siapa  yang The Best melainkan Dia Maha Pencipta kita... Ingat walau setinggi mana nama kita di junjung dan di gah kan orang satu hari nanti kita akan kembali kepada Dia juga.... Itu janji Nya... Istiqfarlah kita bersama-sama supaya tidak jauh melarat....


Jumaat, 12 April 2013

Rindu...Rindu...Rindu...

Bismillahirahmanirahim....
Dengan nama Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang )

Assalamualaikum... dan salam sejahtera... Alhamdulillah hari ini aku bersyukur sangat kerana menjadi seorang hamba Allah yang terpilih untuk menghadiri satu lagi program ilmu yang di anjurkan oleh PPAS di HQ kami Perpustakaan Raja Tun Uda...

Alhamdulillah apa yang disampaikan tadi sangat tersentuh hati aku mendengarnya... Terasa sangat aku seorang hamba Allah yang sangat kerdil dan hina... Terpikir apa yang akan aku bawa untuk membuktikan kepada Rasulullah yang aku ini umatnya??... Cukupkah amal ibadat yang aku lakukan di dunia ini untuk bekalan di hari akhirat kelak??... Iklaskah segala yang aku lakukan di dunia ini atau sekadar untuk nama saja aku buat semua itu???... Ya Allah.... Ya Rahman... Ya Rahim.... Astaufilrullah Al Azim... Istiqfar aku... dan terus menitiskan air mata...

Banyak sungguh pengorbanan Mu Ya Rasulullah... Sangat tidak terbalas aku sebagai umat Mu untuk segala yang telah Kau lakukan untuk umat-umat Mu... Semoga di Padang Masyar kami umat dan hamba terpilih bertemu dengan Mu di sana....Amin....

Basahilah bibir kita selalu dengan selawat kepada Rasulullah kita  kalau kita mengaku kita umat Nya dan sayangkan Nya... Jom sama-sama kita nyanyikan lagu ni dengan hati yang tulus ikhlas kita untuk Nabi kita Muhammad S.A.W....



Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
'Kan pasti mengalir air mataku
Karena pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Allahumma sholli 'alaa Muhammad
Ya Robbi sholli 'alaihi wassalim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada ummat
Umati umati
Kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafa'atkan kami

Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kurniakanlah syafa'atmu

Selasa, 9 April 2013

Blog bersawang??

Bismillahirohmanirohim...

Assalamualaikum... Sihat semua?? Kalau jawaban nye Ya.. Alhamdulillah... Kalau jawaban nya Tidak... Alhamdulillah juga sebab anda sedang di uji.... Jika dalam sihat kita tidak akan mengingati waktu kita sakit kalau kita sakit kita akan hargai waktu sihat kita... Ada betul tak??... 


Tengok tajuk di atas tu.... Blog bersawang?? Ohh.. No!... Hai baru tiga hari takkan lah dah bersawang ye dak?... hehehhe... Maaf di pinta andai ada yang menanti entry baru.... Al - maklumlah kesihatan tidak mengizinkan... Bukan sesaja tapi terpaksa... Eh..eh..jap-jap... ada ke yang menanti kan entry terbaru dari ai ni??? hehehhe ntah-ntah syiok sendiri je... Sentap kejap... huhuhu... tak kisah lah ada ke takde ke yang menunggu entry terbaru janji aku tetap rindu untuk menaip and menulis kat entry blog aku ni... sayang sangat... 


Kesihatan terganggu dalam minggu ni... Banyak kerja dan jadual tergendala.... Aktiviti yang di rancang pun tidak terlaksanalah al - kisah nya... Antaranya plan nak melawat Harraz kat PPUM pun tertangguh sehinggalah aku betul-betul sihat baru boleh melawat dia... Sebab dikuatiri berjangkit plak dengan virus demam aku ni... Lagi yang tergendala plan aku nak join ngantor puan Norafidah or Bedut ke sebelah pihak lelaki pun idak ler dapat... Maafkan saya.... huhu.. ni lah yang di maksudkan kita hanya mampu merancang... Tapi yang menentukannya hanyalah Dia Maha Berkuasa.... Walaupun dah pergi membawakan diri ini ke klinik tapi masih lagi belum sembuh... Demam panas kat dalam luar cam sejuk... Jadi seram sejuk... Kepala pun pening-pening lalat jugak kadang-kadang.... Ubat makan tapi cam tak lut... huhuhu... Hidung sekarang ni tahap arus deras mengalirkan saluran... Eyekkkk.... So nak selesa ke letak tisu dan sumbat kat lobang terowong...huahua...Mungkin belum waktunya lagi... Insya'Allah akan tiba juga hari aku sihat itu... Amin...

Untuk pengetahuan semua, Harraz sekarang masih lagi dalam unit rawatan rapi tapi keadaannya sangat memuaskan hati... Wayar yang kat badan dia akan di cabut dalam 2,3 hari ini... Walaupun aku tak dapat pergi lawat dia tapi aku tetap hubungi ibu dan ayah nya untuk tanyakan khabar... Tapi kalau tanya dengan ayahnya memang letih jugak sebab sekarang ni Harraz di jaga oleh ibunya... " Ayah kerja elok-elok cari duit ye..." hehehehe... Hari tu masa call Ayah Harraz bising dengar ketik...ketuk..ketak... Tengah menaip kat mesin taip dia...muahahhaaha... Alang..Alang...Alang.. Sian Abang aku tu.. Tapi good.. very rajin bekerja... Dari dulu hingga dah kawin dan ada anak...Sayang Alang... hehehe..

Jumaat, 5 April 2013

Berita dari PPUM

Bismillahirohmanirohim...

Assalamualaikum.. Tengah memikirkan menu lunch untu hari ni ke uolls?...hehehehe... Aku breakfast pun tak hambek lagi... huhuhu...


Tadi baru je setle buat entry special untuk Ibu Harraz dan sekarang pulak entry untuk Harraz Nasri pulak... Mungkin ada yang ternanti-nanti berita selanjutnaya tentang Harraz... Terima kasih aku ucapkan pada yang sudi dan tak jemu-jemu baca entry dan doakan Harraz... Hanya Allah yang membalas jasa anda... Alhamdulillah Harraz telah selamat menjalani pembedahan pada 02 April 2013 yang lalu... Alhamdulillah hari yang di nantikan telah selamat di lalui...


Malam tadi akhirnya aku kuatkan hati untuk menghubungi Ibu Harraz... Masa tu jam 10 malam... Kata Ibu Harraz, Harraz masih diberikan ubat tidur supaya Harraz dapat rehat dan memberikan masa luka pembedahan untuk kering sedikit... Tapi kata Ibu Harraz walaupun ubat tidur telah diberikan Harraz masih sedar .... Iyeee... Harraz masih sedar... Dan bila dia sedar mulalah dia nak meniarap saja... Tu yang taknak tu... Risau luka nya keluar darah lagi... Dah kata dah Harraz ni kuat... Boleh tak lut plak ubat tidur tu... Sabar je lah... Yelah... Mungkin Harraz dah lali jugak dengan ubat tidur tu... Apa ke tidak nya kalau dah selalu dia makan... Pernah jugak ibu dia kata satu ketika Harraz tidak boleh terima yang dia kena tidur lepas makan ubat tu... Siap berkerut lagi dahi dia tengah tidur.. Tidur paksa lah tu... hahaa... Harraz... Harraz... Sungguh keras hati mu... hehehee... Masa tengah berbual sekejap tu pun Harraz dah sedar kata ibunya... Pantang dengar orang berborak memang dia bangun... Telinga lintah betullah budak itu.... Dah dengar camtu aku pun undur dirilah taknak menganggu Harraz nak berehat...


Kalau cerita pasal Harraz ni tak boleh depan si Kak Ngah anak akak aku.... Sebab dia sangat-sangatlah tersentuh.... aku kalau setakat dia tersentuh je takpe ni siap nanges-nanges lagi... Mulalah dia duduk dalam bilik sorang-sorang past tu buka video Harraz yang dia rakam waktu dia jaga Harraz kat hospital tempohari sempena cuti sekolah.... Sambil nanges teresak-esak... Adoiiiyaaiiii.... Letih aku... Uiii... Memang si Kak Ngah ni penyedih orangnya... First day dia jaga Harraz kat hospital tempohari di lantak nya dia menanges call aku... Terkejut aku... Yelah awak ni dah lah tengah kerja.... Dia nanges semata-mata tak sanggup tengok Harraz kena pakai alat kat atas hidung... Aku pun tak tahu apa nama alat tu tapi aku tahu alat tu untuk membantu melapangkan penafasan Harraz yang sempit... Tu yang doktor gitau akulah... Aku pun tak tahu tah ye tah tak... Al maklumlah aku ni pun bukan nya pandai sangat, sebab tulah tak jadi doktor... muahahahaha.... Tapi Alhamdulillah boleh jugak lah di harapkan si Kak Ngah tu jaga Harraz di hospital... Lama jugak, 4 hari tak silap... Tapi di siang hari je lah malam pulak Ibu Harraz ada sama.... Semoga selamatlah semua.. Amin..Amin...Amin....


Untuk mu...

Bismillahirohmanirohim....

Assalamualaikum... morning uolls...

Today is Thursday... yes!!... and today 4 April 2013...  today my birthday sister-in-low...(speaking London pulak) Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Illahi... " SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN KAK INA or Ibu Harraz " yang ke ??? tetttt... biarlah rahsia... (Hakikat nya aku pun idak tau)... hahahaha... apa punya adik ipar lah kan aku ni... xpe tak ingat umur janji ingat nak wish... harap-harap bukan akulah orang terakhir yang wish birthday beliau... mati teman... huhuhu... kalau tahu tahun nya aku akan tahu umur nya... nanti segan plak akak ipar aku tu... hehehehe... yang pasti beliau nampak masih muda.... auuww... sukalah tu orang dok puji... tak pe... ikhlas ni.... ahahahaa...

Sedikit cerita tentang kakak ipar ku.... Nama beliau ialah Mek Hazrina... Berasal dari Perak... Telah berkahwin (of couse la dah kawin) dengan abang ai Alang (bukan nama sebenar)heheehe... Dan telah di kurniakan dua orang cahaya mata... Sepasang u...... Seorang gugirl dan seorang boiboy.. Zahra Batrisya dan Harraz Nasri... (Iye-iye ni lah ibu Harraz yang selalu aku cerita tu)... Anak ke - 2 dari sembilan orang adik-beradik... Yang best sangat kampung beliau ni kat sawah tau... umah nye di tengah-tengah bendang... kalau korang tak batak aku ngaku aku sangat batak... sebab walaupun aku ni orang kampung tapi kampung aku ni dah termoden kan sikit... hahahaha... mula-mula jejak kaki kat kampung akak ipar aku ni verry excited aku ni tau.... Seorang isteri, ibu dan pekerja... Yupp... Akak ipar aku ni masih ada tanggungjawab di tempat kerja dan kira cam orang penting jugak kat tempat kerja nya tu... tu lah sebab nya susah di luluskan cuti... Tapi demi anak tersayang tetap kena korban kan kerja... Bertukar-tukar cuti dengan suami tercinta.... Beliau sangat lah sporting dan sangat memahami... Aku ni tiada tempat mengadu tapi pada akak ipar aku ni lah tempat aku ngadu... Sob...sob..sob.. sedeh aku... tq Kak Ina...

Doa aku sempena ulang tahun kelahiran beliau...

" Ya Allah... Sesungguhnya telah Kau ciptakan dia sebaik-baik ciptaanMu... Kau berilah kekuatan dan keimanan kepada kakak ipar ku ini Mek Hazrina untuk menghadapi segala ujian yang telah Kau berikan kepadanya.... Ya Allah... Sesungguhnya Kau Maha Mendengar lagi Maha Menyanyangi... Kau kasihilah kakak ipar ku sekeluarga dangan kasih mulia Mu Ya Allah... Kau berilah kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak kepada beliau sekeluarga... Kau berilah kesihatan kepadanya dan limpah dan murahkanlah rezeki kepada mereka sekeluarga... Berkatilah rezeki yang Kau berikan kepadanya... Ya Allah... Ya Rahman... Ya Rahim... kau perkenankanlah doa-doa ku ini.... Amin Ya Rabbal Alamin.."

Kak Ina with Gugurl n Boyboi nya...

Alang sekeluarga masa raya ...

hohoho... memang suka bergambor...

Salam sayang ikhlas dari Acu untuk Kak Ina....

P/S: Hadapilah segala ujian yang mendatang dengan kesyukuran kerana sesungguh nya kita di uji di atas pilihan Allah Maha Pencipta kita... kita di uji kerana Allah sentiasa mengingati kita sebagai hambaNya... Berdoalah, menangislah, mengadulah kepada Nya... Insya'Allah Dia mendengar kerana Dia Al-Samik ( Maha Mendengar)

Terima Kasih jugak pada Mak Tam ( Nor Hamidah ) sudi berkongsi info... janji tetap di tunaikan...hehhee




Khamis, 4 April 2013

untuk hari ini...

Bismilahirohmanirohim....

Salam dan selamat petang... Acaner hari ni uolls? Ada baik ke or tarak baik?...hehhehe...
Entry di petang hari setelah pergi berkursus di sebelah pagi... Semalam dapat panggilan dari HQ suruh hantar wakil untuk pergi  " Taklimat dan Demonstrasi Pencegahan Kebakaran " di RATU... So 'bos kecik' kat tempat aku naik kan nama aku...heehehe..pepandai je panggil orang bos kecik kan... hish suke ati haku lah kan.. blog aku... korang baca je yer...hahaaha.. Sebab aku takde pergi kursus lagi dalam tahun ni... huhuhu.. tq 'bos kecik'  iaitu Ibu Linda...

Alhamdulillah banyak ilmu dan pengetahuan yang diberikan dan dikongsikan pada sesi taklimat pencegahan kebakaran tu tadi... dan yang menyampaikan taklimat tu pun sedap mata memandang... hah tu yang sebenarnye... ahaks... gatai sikit... tapi cara penyampaian taklimat tu pun best... mudah faham dan masuk otak... tadi aku tak layan mata pun... betul tak tipu punya... cuma orang di kiri dan kanan aku je yang layan mata tadi... dah bagi upah gula-gula baru segar sikit... ehehhehe... jangan marah na Kak Yus n Kak Timah... cayang uolls... nanti dorang tak nak plak tumpangkan aku lagi kalau ada kursus... mati aku...

Antara yang aku take note tadi ialah En. Hisham kata ...(En. Hisham la nama yang aku kata sedap mata memandang tadi tu...) dia katakan kebakaran sempurna hanya menggambil masa selama 5 minit saja untuk musnahkan segala-galanya... hah korang 5 minit je tu... bukan 5 jam hokey... lagi dia kata korang kena dan mesti ada simpan nombor telipon Balai Bomba yang berdekatan... sebab senang kalau ada kecemasan... serius kalau korang kol 999 ambil masa yang banyak tau... coz 999 tu di kawal oleh TM (Telekom Malaysia) kemudian akan di bahagi-bahagikan mengikut kes yang nak di buat aduan.. hah kan buang masa... dah lah api yang sempurna sangat tu hanya memerlukan 5 minit saja untuk memusnahkan segala-galanya...
Antara langkah-langkah awal keselamatan kebakaran ni korang mesti :-
                         
                      *  tempah gate or jeriji pintu rumah tu yang mudah di buka okey bukan yang
                          berkerawang-kerawang dengan corak-corak bunga bagai...
                      *  tak payah nak letak mangga or solex sampai 4,5 kat gate korang tu... kang payah nak buka
                          satu-satu...
                      *  belilah barangan yang ada disahkan oleh SIRIM
                      *  dan kalau berlaku kebakaran di dalam kereta kalau berani n sayang kereta dari musnah
                          korang buka bonet n cabut bateri kereta... tapi ada bran ke??

Korang jangan anggap ahli or pegawai polis boleh padam api kebakaran je tau... tapi tadi pegawai tu sendiri mengaku yang dorang ni close dengan rakyat... kalau tayar pancit nak kol dorang pun bole... prihatin nye lah abang-abang bomba ni kan.... nak cari bf bomba lah... weeeee.... ni ada sikit gambar masa sesi demonstrasi memadam api....
Inilah En. Hisham tu.... (sedap mata memandang tak?)

Tu dia profesional tunjuk kan demo padam api....

ramai yang tengok je... try idak ler...termasuk lah aku...kuikui..


Stop cerita abang bomba...

Berita terbaru tentang Harraz Nasri hari ni ibu nya kata yang bleding kat tempat oprate tu dah ada perubahan sikit selepas doktor berikan produk untuk bekukan darah dia... aku tak pasti sama ada produk tu ubat or alat mesin... dan sekarang Harraz masih di berikan ubat tidur supaya bagi dia rehat dan takut kalau dia sedar nanti dia aktif plak... dikuatiri keluar lagi darah di tempat oprate tu... Doa dan terus berdoa untuk kesihatan dan keselamatan Harraz...
                         

Rabu, 3 April 2013

Penantian...

Bismillahirohmanirohim...
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani)

Entry untuk malam ni... Petang tadi (02/03/2013) dalam pukul 4 petang Harraz telah dimasukkan ke bilik bedah seperti yang diberitahu ayah Harraz... Berdoa terus berdoa semoga dipermudahkan segala-galanya...

Aku terus menghantar mesej sejam selepas Harraz di bilik bedah kepada ayah Harraz... tidak dibalas aku cuba pulak menghantar mesej kepada ibu Harraz... Hati tidak senang kalau tidak tahu perkembangan anak kecil itu... Maklumlah awak ni jauh nak menjengguk muka tidak mampu... hanya mendengar khabar dari tipon je lah...

Dalam jam 8 malam mesej dari Alang aku terima... Alhamdulillah Harraz telah selamat dibedah dan baru keluar dari bilik bedah... Ibu kata tak bole dekat lagi dengan Harraz sebab dia masih dikelilingi staff nurse... Tengah betul-betulkan wayar pikir ku... Allah risaunya lah hati... Ibu kata Harraz di masukkan ke bilik rawatan rapi selepas keluar dari bilik bedah tadi...

Aku masih menanti berita dari ibu Harraz sehingga di saat tengah menaip entry ini pun ibu nye masih memberikan berita.. Berita terbaru tempat pembedahan Harraz masih berdarah dan terus berdarah... Doktor masih membuat pantauan.. Dan kalau masalah ini berlarutan doktor kata Harraz perlu dimasukkan ke bilik bedah semula kerana ingin melihat apa punca darah terus keluar.... Ya Allah.... Maknanya kene buka balik lah tempat pembedahan tadi... Allahuakbar... Ya Allah ... Bantulah anak kecil itu... Mesti ibu dan ayah Harraz tengah di dalam keadaan pilu sangat mendengar berita itu dan terus setia menanti perkembangan anak kecil itu.. Ya Allah... Kau peliharalah dan lindungilah anak kecil itu dari sebarang kesulitan... Sesungguhnya hanya padaMu ku memohon pertolongan... Kau makbulkanlah doa ku ini Ya Allah... amin..amin.. Ya Rabbal Alamin..

Doa terus berdoa... Allah Maha Mendengar....

Selasa, 2 April 2013

Alhamdulillah...

Bismillah...
Assalamualaikum...morning semua...semoga hari ini hari yang lebih baik dari semalam...

Tapi aku tetap nak cerita tentang semalam...hehehe... Semalam ada mesej masuk kat handphone aku... tingtong..yes!! memang mesej handphone kita bunyi cam gitu..haiya... Bila ada mesej masuk je aku mula berdebar-debar... Dengan kalimah Bismillah aku pun buka peti inbox... Mesej dari Alang... Alhamdulillah dengan izin Allah mesej yang dikirimkan Alang pada aku ialah berita baik yang aku tunggu dan harapkan sangat... Mesej tu di kirimkan oleh ibu Harraz kepada ayah Harraz... senang punya kerja n malas nak taip Alang hantar je terus kat Acu Harraz...

Dalam mesej tu ibu Harraz kata darah yang semalam doktor kata tinggi kandungan darah putih tu idak ler... Semalam ibu Harraz ada berjumpa dengan doktor pakar or doktor pakar tu datang berjumpa dengan ibu Harraz sendiri untuk kepastian... Dalam mesej tu ibu Harraz kata darah putih harraz tu takde pape..Memang sifat darah putih dia camtu... Cuma kena pantau je... Insya'allah Rabu or petang ni pembedahan akan di jalankan... Masa baca mesej tu air mata sambil berlinangan tanda kesyukuran sesangat ke hadrat Illahi... Alhamdulillah Allah mendengar doa-doa kita untuk Harraz... Terima kasih Allah... Siapa kita untuk menyangkal kuasa Nya... Yang penting kita terus berusaha dan terus berdoa... Dia tetap bersama hamba Nya...

Tidak ada yang lain lagi selain ingin melihat si kecil itu sihat seperti kanak-kanak lain yang seusia dengan nya yang tentu-tentu bergerak bebas berlajar berjalan dan merangkak dengan bebas berbanding Harraz hanya merangkak di katil hospital... Tapi bangga aku tengok dia walaupun banyak halangan untuk bebas bergerak di atas katil tapi Harraz tetap aktif... Ramai doktor dan staff nurse puji Harraz ni budak yang bijak dan kuat... memang sesungguh nya dia aktif dan sangat kuat.. silap hari bulan semua staff nurse dan doktor pernah merasa semburan air liur dan tendangan nya... lagi-lagi sesi sedut kahak dan masa nak dengar denyutan nadi nya... dan acu nye pun suka puji Harraz kalau tengah nanges... " Harraz jangan nanges-nanges.. Harraz kan kuat.. pandai dan bijak... " dan Harraz mudah faham... Good boy...

Walaupun jauh doa sentiasa mengiringi mu sayang... Semoga semua berjalan lancar dan jaya nya seperti yang di rancang... kita hanya merancang tapi yang menentukannya hanya Dia... Maha Mentadbir dan Maha Mengetahui... harap kalian yang sama dan selalu membaca entry kat blog aku ni sama-sama mendoakan kesihatan untuk anak buah ku Harraz Nasri... hanya Allah yang dapat membalas jasa anda... Terima Kasih sesangat ye uolls... SAYA SAYANG SEMUANYA.... ;)

Isnin, 1 April 2013

Sedihnya hati

Bismillah...
Assalamualaikum semua...

01 April 2013...hari ini sudah di bulan April kita di tahun 2013... Cepat sangat waktu beredar... Makin hari makin cepat kita rasakan putaran masa itu pergi... Tabungilah bekalan untuk dibawa ke "sana" dengan lebih banyak... Rebutlah oeluang yang ada.. Moga-moga kita bersama di tempat yang diredhai oleh Allah.. Amin..

Pagi ni aku sedih sangat mendengar perkhabaran dari abang ku Alang mengenai anak buah ku Harraz Nasri...
Alang mesej gitau keputusan pemeriksaan darah ke atas Harraz... Doktor gtau kandungan darah putih Harraz tinggi sangat so kene tangguh lagi pembedahan yang sepatut nya dilakukan pada esok hari... Ya Allah... Ujian demi ujian Kau beri kepada anak sedara ku... Kau berilah kesembuhan kepada Harraz Nasri.."
Aku sedih sangat... Tapi ibu dan ayah nya lagi pilu dan sedih... Kasih ibu dan ayah terhadap anak nya lagi kuat berbanding aku hanya mak saudara nya... Sabarlah wahai abang dan kakak ku... Mungkin ada kesenangan kemudian di dalam kesusahan sekarang...

Semoga Allah mendengar ketulusan doa yang tidak henti-henti kami pohonkan... Sesak nafas, pilu hati, sedih melanda tapi kekuatan dan semangat yang harus kita tunjukkan di depan Harraz... Dia memerlukan sokongan dari kita semua... Anak yang masih kecil menanggung ujian Allah tapi masih mampu tersenyum bila di agah dan di layan dan masih aktif walau hanya kiri kanan di kandang besi di atas katil hospital... Sabarlah wahai anak sedara ku.. Mungkin ujian mu hebat di waktu kecil insya'allah kelak kau akn sihat dan menjadi anak yang kuat dan soleh kepada kedua ibu ayah mu.. Acu doakan yang terbaik untuk mu Harraz...

" Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim... Sesungguhnya kepada mu ku memohon dan berdoa... Kau sembuhkanlah, Kau berilah semangat, Kau berilah kekuatan kepada Harraz Nasri bin Hamidi... Sesungguhnya kepada Mu ku meminta pertolongan... Sesungguhnya Kau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.. Kau berilah kekuatan dan semangat kepada kedua ibu bapa nya dan kepada seluruh ahli keluarganya untuk menghadapi segala ujian Mu ini... Ya Allah.. Kau perkenankan lah doa ku ini.. Amin Ya Rabbal Alamin...