Rabu, 27 November 2013

.....akhirnya ia kembali jua....

Bismilahirahmanirahim....

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Hari ini mengintai lagi setelah sekian lama menyepi...
Di harap kalian semua di dalam keadaan yang tenang dan sihat selalu...

Hati tengah tidak keruan di saat ini.... Banyak sangat yang membelenggu di hati dan di benak ini... Kadang-kadang terasa kosong tapi bersyukur kerana DIA masih memberikan aku ujian ini.... Memberi ujian kepada aku bererti aku masih menjadi hamba yang terpilih untuk merasai kesempatan yang di berikan...

Dari tajuk yang tertulis pun dah tahu mood yang aku hadapi kini... Berita kehilangan kucing yang bernama Hero yang sedikit sebanyak menghadirkan rasa kesedihan dan kesayuan aku.... Walaupun aku tidak selalu mengikuti perkembangan Hero tapi bila terdengar berita kehilangannya sedikit sebanyak membuat aku terasa sama kehilangannya.... Harap PH sekeluarga tabah hadapi semua ini.... Aku pernah merasai saat kehilangan kucing kesayangan.... Amat sedih dan pedih... Walaupun ia seekor kucing tapi dah terlalu lama hidup di dalam golongan keluarga maka ia menjadi ahli keluarga ku juga.... Semoga Hero lebih tenang di sana....

Dalam mood yang sedih dan pedih ni memang takde mood nak bebel-bebel dan berceloteh panjang... Kang meraban-raban tahap gaban pulak... Pastu nanges... asik nanges je...huhu... sob..sob..sob..(tahan hingus dari kuar)huhu...

Jumpa di lain entri la ye... Insya'Allah... Wassalam....

Gambar menjadi kenangan....







Semoga Hero lebih tenang di sana.... Ketabahan meneruskan hidup tanpa kedua tangan mu membuka banyak mata manusia di muka bumi ini tentang kezaliman haiwan yang di lakukan oleh manusia yang mempunyai akal dan fikiran.....

Sabtu, 16 November 2013

Marble Butter Cake

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum...salam ketemu lagi... Hari ni nak share 1 resepi yang iolls pun baru belajar dan buat petang ni... Alhamdulillah jadi sudah... Bila iolls up date kat fesebuk ramai plak yang berminat nak resepi nya... Jom lah iolls kongsikan pada uolls... Lagi pun iolls dapat resepi ni pun kat blogger... Time kasih yer.. Resepi ni memang mudah... Mintak maaf iolls share kan di sini pulak...

Mable Butter Cake



Bahan-bahannya:

250g butter
200g gula kastor
4 biji telur gred A
1 sudu esen vanilla
210g tepung naik sendiri
4 sudu makan susu segar
2 sudu makan serbuk koko

Cara-caranya:

1. Pukul butter dan gula kastor  sehingga kembang dan putih.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga kembang.
Tips: Masukkan sebiji telur dan pukul agak2 seminit masukkan lagi sebiji..
3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi. Perlahankan kelajuan mixer.
4. Masukkan tepung sikit, selang selikan dengan memasukkan susu segar sikit demi sedikit.
Tips: Masukkan tepung kemudian pukul adunan, masukkan susu kemudian pukul lagi adunan. Perlahankan mixer dan elakkan pukul terlalu lama adunan.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
6. Masukkan serbuk koko dalam satu bahagian. Kemudian pukul seketika dengan mixer.
7. Tuangkan adunan secara selang seli ke dalam loyang yang telah di griskan mentega di sekeliling dan lapikkan kertas minyak. Mula menuangkan adunan tanpa koko di bahagian bawah kemudian lapiskan dengan adunan berkoko pula.
8. Bakar pada suhu 180c selama 45 minit atau sehingga kek masak.