Rabu, 23 Mac 2016

7 Tanda Kolestrol Tinggi

7 Tanda Kolestrol Tinggi Dalam Badan :-

  • Kaki sering berasa kebas 
Ia berlaku kerana darah bergumpal menyebabkan alirannya ke bahagian kaki tidak lancar

  • Mudah letih dan cepat mengantuk
Peningkatan kolestrol menyempitkan pembuluh darah dan mungkin juga menutupnya. Ini menyebabkan aliran darah membawa oksigen ke otak terhalang membuatkan kita cepat mengantuk

  • Senak dada sebelah kiri
Ini tanda pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat akibat kadar kolestrol terlampau tinggi

  • Sering sakit kepala, rasa berat dan tegang di belakang leher
Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala

  • Kaki membengkak
Ini kerana pembuluh darah yang semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah

  • Timbul bintik-bintik putih (biji lemak)
Ia hadir pada bahagian bawah mata, kawasan wajah atau leher yang berpunca dari kadar trigleserida yang tinggi

  • Tanda kuning muda
Pada tengah atau hujung kelopak mata, merupakan mendapan kolestrol, ada juga mengalami benjolan padat pada siku, tumit atau lutut

Isnin, 8 Februari 2016

Mee Udang King Original... Kasi payung...

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum dan selamat malam semua... Alhamdulillah dikurniakan rezeki hari ini.. Sebab ada orang 'payung' makan malam... huyeyyy...manyak syiok woooo...
Ini kali ada abang yang sudi nak payung... Kita follow je la.. Ingat nak bawa ke Teluk Intan.. Tapi senyap je la.. Nak banyak tanya wa manyak takut nanti kasi cancel belanja hah nages 1 malam maaa... 
Acu rasa tak rugi kalau uolls nak pergi try tempat ni tau... Hauliauuu punya mee udang... Dalam elergik pun Acu sapu je...muahaha... Sebab dah tertarik... Menarik... Memang hauliauuu...

Mee Udang King Original, Batu 23, Sg. Nibong... Kalau dari Kuala Selangor nak menghala ke Sg. Besar uolls pandang je sebelah kiri yer.. Nanti ada pintu gerbang masuk je terus.. Cari signboard macam kat atas tu jugak tau..

Hah.. Yang ni la Abang yang payung dan adik yang di payungkan..huahaha...

Yang ni nama menunya Pok Tek.. Macam-macam ada.. Bekas pun besar.. Mangkuk tambah rupa nya.. Ada ketam, ada udang besar, ada sotong dan ada telur.. Bekas tambah pun bekas tambah la.. Sebab yang makan tauke... Harganya 25 hengget...

Ini pula namanya King size.. Isinya udang besar-besar dan telur... Isteri tauke a.k.a sis in law punya...haha... Satu pinggan 18 hengget..

Ini saya yang punya... Bukan Ahmad Albab yang punya...hahaha... Menu yang Acu pilih Mee Udang Banjir.. Hah tu yang tersadai banyak udang-udangnya... Satu mangkuk 10 hengget...

Last menu budak petot... Kuew Teow Biasa... Sepingan 5 hengget...

Sangat bebaloi makan kat sini... Sebab udangnya besar dan segar... Kuahnya puas makan sebab sangat hauliauu... Begini 👍🏻👍🏻👍🏻 kata kau... Past tu ada yang kata mee kuning nye dorang buat sendiri... Memang tak rasa kapur macam mee kuning biasa kat pasaran sekarang... Tak nak bebel lelebih tapi memang korang patut rasa... Harga pun amat berpatutan...

Kalau tak... Tak kan camni hasilnya...

Hokeh good nite semua... Wassalamualaikum... Jom tidur mimpikan Mee Udang King Original... Jap-jap... Tenkiu sis atas photo yang u ambil yer...haha... Adik mu sangat menikmati makanan nya... Hilang kesedaran...



Selasa, 19 Januari 2016

Elakkan Makanan Ini ketika Demam...

Bismilahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Salam Tahun Baru juga Acu ucapkan... Maaf kiranya agak terlewat untuk ucapkan selamat tahun baru... Sebab baru mula nak mengaktifkan diri dan jari jemari ini ke alam berblog ni... Ini kira azam baru Acu la ni... Yang lebih tepat lagi azam awal tahun...muahahhaa... Azam tengah tahun sikit ke pantai dah nak hujung tahun ke laut ler gamak nye.... Buang jauh-jauh...shoohh... Hokeh untuk fisrtly or pembuka untuk tahun ni Acu nak share kan sedikit info yang Acu terbaca dari pembacaan Acu untuk semua yang kalau dok terjenggah umah usang ini...

Keadaan cuaca kini yang agak kering dan panas ramai yang mudah terkena jangkitan demam panas... Hampir tiga, empat orang anak jiran dan kenalan Acu yang masuk hospital sebab jangkitan demam panas... Dan Acu pun baru tahu gak rupa nya ada juga makanan yang perlu kita elakkan ketika demam... Ingatkan rehat je dan minum air suam banyak-banyak, tapi ada lagi... Jom Acu share kan...

Rujukan : Majalah Rapi



Jus Buah
Memang tidak dinafikan jus buah kaya dengan vitamin C. Tetapi, elakkan daripada pengambilan jus buah yang terlalu banyak gula. Ini kerana gula boleh mengurangkan fungsi sel-sel darah putih dan membuatkan sistem ketahan badan terganggu.

Makanan Bergoreng
Elakkan makanan yang bergoreng ketika anda demam kerana ia boleh mengganggu penghadaman anda.

Kopi
Kafein boleh menyebabkan dehidrasi dan untuk menggantinya ketika demam adalah dengan minum air masak dengan banyak.

Produk Susu
Produk susu seperti keju, roti , yogurt dan sebagainya boleh menyebabkan peningkatan pengeluaran lendir dalam badan. Adalah lebih baik anda elakkan pengambilan produk susu semasa demam dan batuk.