Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan

Khamis, 8 Mei 2014

Petua Karipap Lebih Ranggup


Bismillahirahmanirahim....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... hah tu dia... tetiba je kan Acu jamu mata kome dengan gambar karipap ni kan... hah...jaga mulut jangan buka besar sangat... nanti sang lalat masuk...hihihi.... ini bukan karipap Acu buat pun... ini gambar ehsan dari Cik Google je... Acu pinjam je...hihi... Acu tak mampu lagi sebenarnya nak menghasilkan karipap hasil air tangan sendiri.... tapi Acu nak share dengan uolls petua untuk karipap lebih ranggup...

Mudah saja... uolls cuma pastikan sebelum uolls mengadun tepung gandum bersama majerin, uolls kena panaskan majerin yang telah di sukat terlebih dahulu bersama setengah cawan minyak masak. Then, biarkan mendidih. Selepas itu, barulah tuangkan minyak cair tadi ke dalam adunan tepung dan uli seperti biasa.

Isnin, 6 Januari 2014

Lembutkan Ayam dan Daging

Lembutkan Ayam dan Daging



Ayam dan daging memang enak dimakan, apatah lagi kalau dibuat rendang.. Meskipun begitu, selera kita kadang-kadang terganggu kalau ayam atau daging yang dimasak adalah liat... Disini ada cara mudah untuk mengatasi masalah ini... 

Caranya bersihkan ayam atau daging terlebih dahulu, kemudian gaulkan ayam atau daging tersebut dengan nenas muda. Selepas itu, basuh dan toskan... Selain boleh melembutkan, cara ini turut membantu anda menyingkirkan bau hanyir dan lemak yang terlekat pada daging atau ayam dengan lebih mudah.

Mengelakkan Urat Timbul

Bismillahirahmanirahim...

Memang ada sesetenggah orang mengalami masalah urat timbul... Kalau lelaki mesti kita fikir rajin kerja orang nya ni kan... Tapi kalau perempuan??? adeh malu pun ada jugakkan... Lagi-lagi kalau urat yang timbul di bahagian betis... Di sini aku akan kongsikan petua orang lama tentang masalah urat timbul ni...




Ambil segenggam kacang hijau dan rebus tanpa gula tetapi jangan sampai hancur. Kalau dah hancur jadi buburlah pulak...heheehe... Jadikan kacang hijau menjadi satu gelas. Makanlah pada setiap pagi dan petang.
Satu lagi petua yang mudah dan boleh di lakukan setiap hari adalah angkat kaki ke atas setinggi mungkin sebelum tidur. Duduk secara melunjur dengan badan bersandar pada dinding selama 10 minit.

Selasa, 31 Disember 2013

Atasi Gusi Bengkak

Bismillahirahmanirahim...





Adoiii... Sakitnya gusi.... Anda sedang mengalami masalah gusi bengkak?? Jom saya kongsikan satu petua bagaimana merawat masalah gusi bengkak...(ecewah..macam buat iklan pulak kan...hakhak)

Ambil umbut nenas. kemudian campurkan sedikit garam halus dan tampalkan pada gusi yang mengalami bengkak. Biarkan dan ulangi sehingga anda rasai perubahannya.. Selamat mencuba!!..

Sabtu, 1 Jun 2013

Elak telur pecah





Petua ni sesuai sangat untuk yang nak buat kenduri-kendara untuk majlis perkahwinan .... Selalu nak rebus telur untuk buat bunga telur or biasa aku panggil bunga pahor mesti kena rebus banyak... Kalau dah banyak tu mesti banyak gak yang pecahkan... Meh sini aku share kan petua untuk elakkan telur daripada pecah...

Masukkan satu sudu kecil garam halus ke dalam air rebusan. Kemudian telur-telur tersebut dibungkus ke dalam plastik. Tebuk lubang-lubang kecil pada plastik tersebut...

Ahad, 26 Mei 2013

Mengilatkan lantai






Alamakkkk.... macam mana nak mop lantai ni??? Pencuci lantai dah habis pulak.... Jangan risau korang hanya perlu ambil sebarang jenama syampu rambut dan bancuhlah ke dalam air... Dan bole mop atau cuci lantai seperti biasa.... Selain wangi lantai akan kelihatan lebih berkilat...




Ahad, 12 Mei 2013

Khasiat timun

Hilangkan lembam bawah mata
Rujukan: Sinar Harian



Timun bukan saja sedap di makan dan di masak malah boleh juga di jadikan penawar bagi masalah lebam di bawah mata. Lebam di bawah mata berpunca daripada kekurangan waktu tidur. Dan ini adalah satu petua yang boleh di amalkan.

Ambil sebiji timun bersaiz sederhana dan hiris dengan ketebalan sederhana. Kemudian, tekapkan hirisan timun tadi pada kedua-dua belah mata selama beberapa minit. Ulanginya selama beberapa hari sehingga lebam semakin hilang. Selain timun tomato juga boleh digunakan.



Sabtu, 4 Mei 2013

Hilangkan kerak dan landas / papan pemotong lebih bersih

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.... Pada yang tak duduk kat Malaysia tu Salam 1 Bumi hokay...hahaha... Hari ni share kan satu lagi petua koleksi simpanan aku... Sesuai sangatlah petua ni untuk semua warga yang suka sangat memasak... Lepas masak mesti banyak nak bersihkan periuk bagai kan kan..kan... Jom try ini petua... Selamat di amalkan....


Periuk kadangkala meninggalkan kesan kerak kekal di tepinya, kesan daripada proses memasak. Bersihkan kentang dan kupas kulitnya. Masukkan ke dalam periuk dan rebus selama beberapa minit. Kesan kerak akan hilang. Insya'Allah.

Dan yang ini bagi membersihkan landas atau papan pemotong...


Adakalanya landas / papan pemotong menjadi kehitaman dan melapuk di permukaannya sehingga meninggalkan kesan hitam. Apakata ambil limau nipis dan hiriskan kemudian gosokkan pada landas / papan pemotong. Bilas dengan air bersih... jeng..jeng...

Ahad, 28 April 2013

Kupas kulit udang dengan mudah


Udang kalau dah masuk dalam peti sejuk terlalu lama mesti sukar untuk mengupas kulitnya.
Jom try petua ini...
Campurkan garam ke dalam semangkuk air, masukkan udang dan biarkan direndam selama 10 minit. Toskan dan kupas kulit udang. Mesti mudah...


Udang sentiasa segar

Untuk petua udang sentiasa segar pula perahkan limau nipis atau asam jawa sebelum menyimpan udang ke dalam peti sejuk. Dengan cara ini udang akan tahan lama dan sentiasa segar.