Assalamualaikum dan salam sejahtera... Salam Ramadhan juga aku ucapkan... Seronok menjalani bulan yang mulia ini kerana ia hanya datang sekali dalam setahun... Syukur alhamdulillah kerana masih di beri kesempatan...
Pandang kiri pandang kanan semua tengah sibuk membuat persiapan menyambut hari kemeriahan aidilfitri bakal tiba hanya beberapa hari je lagi.. Aku pun tidak terlepas untuk membuat apa yang patut... Tapi hati aku tidak merasa akan kemeriahan dan keseronokan itu lagi... Hilang, lenyap di sentap jauh pergi dari diriku... Aku terasa amat merindui saat itu... Tak tahu bila akan kembalinya saat itu atau ia tidak akan kembali lagi...
Semalam dan hari ini aku mengutip kembali baju-baju yang aku tempah untuk raya tahun ini... Macam tahun-tahun yang sudahlah kalau tak lima enam pasang memang tak sah lah raya aku tapi bila aku pandang baju-baju yang aku tempah sebelum bulan Ramadhan tu hati aku sayu sangat... Memang kemeriahan untuk menyambut hari raya tu dah takde terasa dalam hati aku ni... Ketiadaan kedua ibu bapa ku memang sangat aku terasa lagi-lagi saat hari yang sangat meriah yang akan tiba tak lama lagi...
Aku merindui...
Di saat orang bergembira berkumpul bersama keluarga... Di waktu para bapa sibuk membayar zakat fitrah untuk anak -anak mereka, di saat sibuk menganyam ketupat bersama orang tua, di saat anak-anak ingin memohon kemaafan bersama ibu bapa mereka di pagi Syawal ini... Aku telah kehilangan segala nye..
Masa arwah mak pergi aku tidak terasa sangat kerana aku masih ada abah tapi tahun ini aku telah kehilangan kedua-duanya... Hilang yang tiada berganti... Hilang pada waktu yang dekat sangat tiba hari yang berbahagia ini... Tapi aku redha... Redha dengan kehendak dari-Nya... Aku sentiasa mendoakan kedua ibu bapa ku tenang 'disana'...
Ya Tuhan ku...
Lenyapkanlah air mata yang mengalir untuk kesedihan ini...
Redhakanlah hati ku untuk menghadapi ujianMu ini...
Tabahkanlah hatiku ini untuk meneruskan hidup tanpa kehadiran kedua ibu bapa ku di sisi...
Sesungguhnya hanya pada Mu ku mengadu... Kerana hanya Engkau yang tahu tentang hati ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan