Sabtu, 16 November 2013

Marble Butter Cake

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum...salam ketemu lagi... Hari ni nak share 1 resepi yang iolls pun baru belajar dan buat petang ni... Alhamdulillah jadi sudah... Bila iolls up date kat fesebuk ramai plak yang berminat nak resepi nya... Jom lah iolls kongsikan pada uolls... Lagi pun iolls dapat resepi ni pun kat blogger... Time kasih yer.. Resepi ni memang mudah... Mintak maaf iolls share kan di sini pulak...

Mable Butter Cake



Bahan-bahannya:

250g butter
200g gula kastor
4 biji telur gred A
1 sudu esen vanilla
210g tepung naik sendiri
4 sudu makan susu segar
2 sudu makan serbuk koko

Cara-caranya:

1. Pukul butter dan gula kastor  sehingga kembang dan putih.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga kembang.
Tips: Masukkan sebiji telur dan pukul agak2 seminit masukkan lagi sebiji..
3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi. Perlahankan kelajuan mixer.
4. Masukkan tepung sikit, selang selikan dengan memasukkan susu segar sikit demi sedikit.
Tips: Masukkan tepung kemudian pukul adunan, masukkan susu kemudian pukul lagi adunan. Perlahankan mixer dan elakkan pukul terlalu lama adunan.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
6. Masukkan serbuk koko dalam satu bahagian. Kemudian pukul seketika dengan mixer.
7. Tuangkan adunan secara selang seli ke dalam loyang yang telah di griskan mentega di sekeliling dan lapikkan kertas minyak. Mula menuangkan adunan tanpa koko di bahagian bawah kemudian lapiskan dengan adunan berkoko pula.
8. Bakar pada suhu 180c selama 45 minit atau sehingga kek masak.

Tiada ulasan: