Selasa, 20 Ogos 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum dan salam syawal kepada semua...

Alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk bersama-sama berkongsi cerita di alam ini... Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana berkesempatan meraikan syawal kali ini... Alhamdulillah terima kasih Allah....

"Selamat Hari Raya Aidilfitri dan salam kemaafan kepada semua"...

Masih di mood raya... Of couse lah kan raya kan sebulan... walaupun puasa tak cukup sebulan...muahahaaaha.... bukan sengaja pun tak nak cukupkan sebulankan.... Agak terlewat gak aku nak up date entri raya... hahaha... Acaner dah memang terlewat pun... Ater sebelum raya sangat tiada kesempatan... Al maklumlah kita hanya mampu merancang tapi segala nya telah di aturkan...

Alhamdulillah tahun ni kami adik-beradik bersederhana saja meraikan syawal... Syawal tetap di raikan kerana ia hari yang sangat di nantikan kerana ia seperti hari kemenangan kepada semua umat islam setelah berjaya melalui bulan Ramadhan yang banyak mengajar kita erti kesabaran... Kehilangan Abah di bulan Ramadhan tahun ini masih terasa... Semoga Abah dan Emak tenang di sana... Al-Fatihah...

Tahun ni Alang sekeluarga beraya di Perak umah Tok Zahra dan Harraz... Di sini tinggal aku, Uda, Akak sekeluarga dan untuk menambahkan rasa kemeriahan raya aku jemput Abang Dom sekeluarga tidur kat umah kami untuk sambut raya sekali... Tidaklah terasa sangat sebab bila dah reramai tu kan... Tapi pagi raya kami tiada lagi salam kemaafan... Akak pepagi dah pusing satu umah mengemas... Mengemas sesangat sampai habis palung paip lakinya di bakar...hahahha... Uda pulak baru balik kerja.. Malam raya Uda kena kerja shift malam terus menerus...

Tidak ke mana pun kami beraya... Hanya rumah Pak Ngah bapa saudara belah Emak dan rumah kakak-kakak kami saja... Kat dalam kampung tu pun tidak habis kami pergikan... Tapi tahun ni memacam gak aktiviti aku pergi... Pergi ikut rombongan bertunang anak Akak Imah aku si Ilman sampai ke Puchong aku follow... Past tu Ahad lepas pergi ke rumah Tok Zahra dan Harraz ada jemputan majlis perkahwinan Anjang..."Selamat Pengantin Baru Anjang dan isteri"...hehehehe... Jauh tu... Nasib Uda yang bawak kereta... Kalau aku yang bawak... adeiii.... tak taulah... Balik pergi majlis tu kitorang singgah perkena cendol, ABC, laici kang, laksa dan soto....muahahaha... Acu belanja....

Ini saja rasa nye yang aku kongsikan kali ini... Dan di kesempatan ini jugak aku nak ucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada Alang pada (17 Julai), Inda (16/8) dan Ibu Linda (18/8)... dengan ucapan dan doa semoga kalian sihat dan sentiasa di dalam peliharaan Allah S.W.T... Semoga hidup kalian di murahkan rezeki dan tabah dalam mengharungi segala dugaan.... Amin...







2 ulasan:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata...

Selamat hari raya cik cempaka :)

Tetamu Istimewa berkata...

Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jom ke blog saya pula.

Selamat Hari Raya.