Selasa, 19 Januari 2016

Elakkan Makanan Ini ketika Demam...

Bismilahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Salam Tahun Baru juga Acu ucapkan... Maaf kiranya agak terlewat untuk ucapkan selamat tahun baru... Sebab baru mula nak mengaktifkan diri dan jari jemari ini ke alam berblog ni... Ini kira azam baru Acu la ni... Yang lebih tepat lagi azam awal tahun...muahahhaa... Azam tengah tahun sikit ke pantai dah nak hujung tahun ke laut ler gamak nye.... Buang jauh-jauh...shoohh... Hokeh untuk fisrtly or pembuka untuk tahun ni Acu nak share kan sedikit info yang Acu terbaca dari pembacaan Acu untuk semua yang kalau dok terjenggah umah usang ini...

Keadaan cuaca kini yang agak kering dan panas ramai yang mudah terkena jangkitan demam panas... Hampir tiga, empat orang anak jiran dan kenalan Acu yang masuk hospital sebab jangkitan demam panas... Dan Acu pun baru tahu gak rupa nya ada juga makanan yang perlu kita elakkan ketika demam... Ingatkan rehat je dan minum air suam banyak-banyak, tapi ada lagi... Jom Acu share kan...

Rujukan : Majalah Rapi



Jus Buah
Memang tidak dinafikan jus buah kaya dengan vitamin C. Tetapi, elakkan daripada pengambilan jus buah yang terlalu banyak gula. Ini kerana gula boleh mengurangkan fungsi sel-sel darah putih dan membuatkan sistem ketahan badan terganggu.

Makanan Bergoreng
Elakkan makanan yang bergoreng ketika anda demam kerana ia boleh mengganggu penghadaman anda.

Kopi
Kafein boleh menyebabkan dehidrasi dan untuk menggantinya ketika demam adalah dengan minum air masak dengan banyak.

Produk Susu
Produk susu seperti keju, roti , yogurt dan sebagainya boleh menyebabkan peningkatan pengeluaran lendir dalam badan. Adalah lebih baik anda elakkan pengambilan produk susu semasa demam dan batuk.

1 ulasan:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata...

Selamat tahun baru utk Acu juga :)
Terima kasih banyak acu..
Baru akak tahu juga..
Ada yg perlu dielakan makan ye..
Info berguna sangat..