Khamis, 15 Mei 2014

Pengenalan Label pada Buah dan Sayuran

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan morning uolls...

Pagi ni Acu ada terbaca satu info yang di kongsikan sedara merangkap friend Acu di laman sosial mengenai perkara asas yang kita perlu tahu dalam membuat pemilihan buah-buahan dan sayuran sewaktu kita hendak beli... Macam mana nak pilih dan tahu yang ni Acu nak share kan pada uolls hari ni... Acu pun baru tahu hari ni gunanya tag or label di setiap pada buah-buahan dan sayuran tu... Selalu nya Acu fikir tag or label tu kegunaan pada para peniaga je... rupa-rupanya salah sungguh tafsiran Acu tu... choii.. ketinggalan betui Acu ni...huiii.... so thanks sangat pada Zuann Eusoff yer sebab banyak share perkara yang berfaedah kat fesebuk tu... i am loikeee.... so jom kita peratikan bersama lepas ni...





Korang perasan tak??

Kenapa setiap buah-buahan dan sayur-sayuran dilekatkan pelekat or label seperti di dalam gambar.
Apa maksud nombor yang ada di pelekat itu?
Ini adalah perkara asas yang perlu kita tahu apabila membaca label :

1) Jika hanya ada 4 digit nombor pada PLU?
>> bermakna buah tersebut ditanam secara konvensional @ tradisional, dengan penggunaan racun serangga. So please make sure, buah-buahan atau sayur-sayuran dicuci bersih sebelum dimasak dan dimakan. 4 digit terakhir kod PLU hanyalah penerangan mengenai jenis buah atau sayur. Sebagai contoh, semua jenis pisang akan dilabelkan dengan kod 4011.

2) Jika ada 5 digit nombor kod PLU dan nombor itu bermula dengan " 8 "?
>> ini bermakna produk itu adalah produk GMO. Sudah diubah secara genetik (Genetically Modified Organisms). Sebagai  contoh, pisang yang mempunyai kod 84011 adalah pisang GMO.

3) Jika ada 5 digit nombor pada kod PLU dan nombor bermula dengan " 9 "?
>> itu bermakna produk itu ditanam secara organik (tanpa racun serangga dan bukan GMO) ia lebih selamat dimakan. Sebagai contoh pisang organik, kodnya  adalah 94011.

Selamat membelek label lepas ni yer...hehehehe...


1 ulasan:

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Good sharing Acu.. dulu akak ingat macam tu.. kod tu utk penjual jer :)