Khamis, 3 Oktober 2013

Kenangan di Sukan Perpustakaan Se-Malaysia ke 20

Bismillahirahmanirahaim....

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Bertemu kembali untuk entri kali ini...

Kali ini aku nak share kan satu kenangan  di sukan Perpustakaan Se - Malaysia (SPASM) ke - 20 yang telah berlangsung pada 20, 21, 22 dan 21 Sept 2013... Alhamdulillah berkat doa dan izin dari Allah s.w.t semua nya berjalan dengan jayanya... Aku tidaklah menjadi salah seorang dari atlit Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) tapi aku salah seorang daripada 26 orang Liason Officer (LO)

Liason Officer ni di tugaskan untuk membantu setiap kontijen dari Perpustakaan Negeri yang menyertai SPASM ini... Antara kontijen yang menyertai ialah :-

Perpustakaan Awam Selangor (Tuan Rumah)
Perpustakaan Kuala Lumpur
Perpustakaan Awam Johor
Perpustakaan Awam Kedah
Perpustakaan Awam Kelantan
Perpustakaan Awam Perak
Perpustakaan Awam Pahang
Perpustakaan Awam Terengganu
Perpustakaan Awam Melaka
Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
Perpustakaan Negeri Sabah
Pustaka Negeri Sarawak

Perpustakaan akan mengadakan sukan setiap 2 tahun sekali, bermula sejak tahun 1984... Kali terakhir PPAS menjadi tuan rumah bagi kejohanan ini ialah pada tahun 1988.. Dan sekali lagi tahun ini PPAS menjadi tuan rumah bagi kejohanan kali ke - 20... Tahun 1988 masa tu umur aku baru 3 tahun... hehehe...
Antara sukan yang diadakan seperti badminton, bola jaring, futsal, ping pong, bola tampar dan boling... Menang kalah adat bertanding janji semangat kerjasama dan semangat kesukanan ada... yeahhh...

Dan aku ialah Liason Officer bagi negeri Pulau Penang.... Aku di tugaskan bersama Puan Sharifah Norashikin... Alhamdulillah banyak yang aku telah pelajari... Memula tu macam-macam perasaan aku ada... Takut, gementar, risau, kurang keyakinan dan memacam lah... Bila dah setle semua tugasan macam tak percaya je semua dah berakhir... Alhamdulillah berkat doa dan tunjuk ajar dari rakan-rakan LO dan pegawai yang terlibat.... Dari aktiviti sebeginilah kita dapat kenalan baru dan memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain.... Kesabaran yang kuat dari segi mental dan fizikal... Alhamdulillah dan terima kasih pada yang memberikan keyakinan pada diri aku ni...huhuhu.... Jom aku share kan serba sedikit gambar dari majlis tersebut....

ni sebahagian dari kontijen Penang... Pn. Viji tengah bagi sedikit penerang sewaktu membuat lawatan di dalam bilik Koleksi Selangor


ni pun sama... tengah tunggu dorang tengok-tengok kat koleksi Selangor

Yang ni kontijen PPAS..Atlit bagi bola tampar lelaki... cayookkk

Atlit bola tampar wanita (PPAS) good dorang telah membuktikan wanita boleh... dapat tempat ke 2 tu... yeahhh...

Atlit bagi acara badminton


semangat kesukanan.... ni yang terbaikkk..sokongan dari penonton perlu ada.....

markah acara bola jaring antara Negeri Sembilan dan Selangor... huyeyyyy menang... tempat ke 3...


Kami....:)

sebahagian LO

di majlis penutup.... nilah LO tapi ni sebahagian je... dan aku pun takde dalam ini gambar...huhu
Sekian untuk kali ini ye...Kenangan terindah....

Tiada ulasan: