Khamis, 12 Disember 2013

Di sini aku...

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Hari ni aku bersiaran di hospital Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).. Petang semalam aku berkeras hati jugak nak datang tengok keadaan Harraz... Kerana aku tak bisa dok diam saja di rumah di saat ahli keluarga ku di dalam kesusahan... Biarpun sedikit lewat aku gerak... Alhamdulillah Allah permudahkan... Aku sampai dengan selamat.. 

Sesampai je aku gagah kan hati untuk melihat arjuna hati ku Harraz Nasri yang di temani ayah nye... Harraz tidak sedar kerana di beri ubat tidur untuk berehat.. Alangkah sayu dan luluh nya hati saat melihat keadaan si kecil yang berserabut dengan wayar dan pelbagai mesin... Muka Harraz bengkak... Lain dengan apa yang hari terakhir aku bertemu dengannya hari Sabtu yang lalu... 

Berdoa terus berdoa kerana aku tahu hanya pada Nya tempat untuk ku memohon... Dan aku tahu Allah akan sentiasa bersama hamba Nya...

Alhamdulillah pagi ni aku melihat ada perubahan pada Harraz.. Melihat pergerakan tangan nya  sewaktu di pegang (biasalah danje memang suka tolak tangan orang tu tanda memberontak nya...hehehe) doktor pun ada mengatakan Harraz makin sihat... Bersyukur sangat... Semoga Harraz terus kuat dan tabah untuk hadapi ujian ini...

Pada ibu dan ayah nya aku turut mendoakan semoga mereka terus tabah dan yakin dengan dugaan ini kerana Harraz sangat-sangat memerlukan semangat dan kekuatan mereka untuk menempuh dugaan yang sangat kuat ini di usia nya yang kecil itu... Redha dan yakin pada ketentuan Allah... Insya Allah ada hikmah di atas semua ini... Sabarlah wahai abang dan kakak ku... Kita sebagai hamba Nya tidak mampu menahan atau menghalang semua ini dari berlaku... Anakmu insan terpilih untuk di uji.. Kepada Nya kita jangan putus asa untuk berdoa hanya Dia yang mengetahui segalanya... Anak mu insan kecil yang sangat kuat... Ingatlah Allah akan menguji hamba Nya, semampu diri hamba Nya bertahan... Hanya doa yang mampu acu titipkan untuk kalian...

Walaupun di wajah tersirat kesedihan tapi hati menyimpul 1001 perasaan... Hanya Allah Maha Mengetahui...

Memohon jasa baik semua untuk mendoakan kesihatan anak buah saya Harraz Nasri b Hamidi... Semoga dengan doa kalian anak sedara saya kuat semangat untuk terus berjuang... Hanya Allah mampu membalas jasa baik kalian.. Terima kasih sesangat atas kata-kata semangat sahabat-sahabat jugak...

" Seandainya kami hendak di uji, ujilah kami di atas kemampuan kami, selayaknya seperti insan biasa yang tidak punya apapun keistimewaan "....






Tiada ulasan: