Khamis, 23 Oktober 2014

Jeruk "Fesebuk"

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan selamat malam... Hah ni bersiaran malam hari pulak..

Jangan rasa hairan dan pelik tengok tajuk di atas tu... Sebenarnya Acu nak share resepi or makanan yang sekarang heboh dikongsikan di laman-laman sosial contoh yang terdekat fesebuk ler... Jom layan mata dan tekak.... Acu pun terjebak nak mencuba dan hasilnya....


Bahan-bahan:

12 biji pelam telur atau pelam apa-apa pun boleh
10 biji asam boi
3 tangkai cili hijau (dihiris)
3 tangkai cili merah (dihiris)
5 sudu gula
Sedikit garam

Cara-caranya:

Belah atau potong pelam ikut citarasa anda. Basuh dan toskan.
Masukkan pelam, cili, asam boi, gula dan garam ke dalam botol atau bekas.
Kemudian tutup dan simpan ke dalam peti ais semalaman.

1 ulasan:

Unknown berkata...

wah, sedapnya....i pun dh buat mlm td..tq ye bg mangga muda..pasni sibuk la bukak tutup peti ais..heheheh