Bismillah..
Salam semua... salam Jumaat jugak...
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana memberi ku kesempatan untuk bernafas pada hari ini...
acaner korang semua sihat ke? harap semua sihat lah yer... dan semoga dipermudahkan segala nya...
Entry kali ni nak share tentang " Kenali jenis batuk, lihat kahak anda..."
Jika kahak anda....
Putih, jernih, berbuih - menunjukkan batuk anda jenis biasa dan tiada indikasi sebarang penyakit
dan dalam kuantiti biasa
Putih, berbuih dan sangat banyak - kahak begini hanya akan terjadi kepada perokok dan penghidap
bronkitis kronik
Hijau, coklat atau kekuningan - biasanya kahak jenis ini lebij pekat dan ia menunjukkan kemungkinan ada
jangkitan dalam paru-paru anda seperti bronkitis,pnemonia atau jangkitan
dalam saluran pernafasan.
Kahak bercampur darah - petunjuk bahawa ada penyakit berkaitan paru-paru seperti karsinoma, batuk
kering atau pulmonary embolism.
** Lepas ni kena tengok jugak kahak kita tau... yang hisap rokok tu bawak-bawak lah berhenti ye...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan