Selasa, 8 April 2014

Masak Lemak Pucuk Manis + Pucuk Labu Berkeledek

Bismilahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Apa khabar semua?... Acu alhamdulillah.. Sihat dan makin sihat... Syukur nikmat Allah berikan... Terima kasih Allah...

Kalau hari Jumaat dan jatuh Sabtu yang Acu cuti mesti terfikir-fikir nak masak apalah esok ni?? Makanya hari cuti giliran awak pulak yang maemasak... so mesti nak ikut selera tekak kita yang memasaknya kan...hihi...So kali ni Acu nak share resepi yang sedap di makan waktu tengah hari cuti-cuti kerja kita ni... Masak lemak pucuk manis + pucuk labu berkeledek...hah sedapkan...memulanya Acu cadang nak masak lemak pucuk manis + keledek je... tapi tetiba abang ipar pergi kek kebun kecil nya di belakang rumah petik pulak pucuk labu... Alang-alang dah ada baik Acu masakkan je sekali untuk menu tengah hari tu... tu yang Acu campurkan sekali je...Makan pun nikmat juga...hihi...


Masak Lemak Pucuk Manis + Pucuk Labu Berkeledek



Bahan-bahan :

Secekak pucuk manis (daun turi)
7 tangkai pucuk labu
2 ketul keledek oren (di belah ikut citarasa anda, janji tidak tebal sangat)
Sedikit ikan bilis sebagai perencah
1 ulas bawang kecil (dihiris)
santan dari 1 biji kelapa

Cara-cara :

Masukkan santan dari sebiji kelapa ke dalam periuk.
Kemudian masukkan pula bawang kecil dan ikan bilis. Kawal api jangan terlalu besar.
Masukkan pula keledek dan kacau sehingga keledek menjadi empuk.
Bila keledek telah empuk masukkan pucuk manis/turi dan pucuk labu. Kacau lagi dan tutup api.


P/S: Pucuk labu hendaklah digosok terlebih dahulu untuk menghilangkan bulu di daunnya..

Tiada ulasan: