Isnin, 14 April 2014

Sambal Binjai

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Haii uolls... hari tu Acu ada kongsi resepi Masak Lemak Pucuk Manis+Pucuk Labu Berkeledek kan... tapi hari tu Acu malas nak bebel panjang-panjang sangat nanti bosan uolls nak hadap baca bebelan Acu tu.... so tidaklah Acu masukkan menu yang Acu nak share kan hari ni... Untuk kali ini Acu share kan pulak kawan baik pada menu masak lemak...hihi...iaitu Sambal Binjai... Kalau tekak Acu ni memang cenggini... Kalau masak lemak or asam rebus mesti nak bersambal...Macam sedap je kalau bercouple-couple ni...hakhak..jangan ingat manusia je pandai couple-couple ni...hihi...agaknye selera tekak orang kampung mcacam Acu ni je kot...tengok badan lah kan...huhu...


Sambal Binjai




Bahan-bahan :

10 tangkai cili api
1 tangkai cili  besar merah
Sedikit belacan (dibakar terlebih dahulu)
Sedikit buah binjai (diracit-racit)
Sedikit garam

Cara-cara :

Tumbukkan cili dan masukkan sedikit garam. 
Kemudian masukkan belacan dan buah binjai. Dileyekkan sehingga sebati.


inilah buah binjai yang sedap sangat tu....tengok pun dah terliur...slurpp..











2 ulasan:

Herni Hakimi berkata...

sedap ni...mau mkn menambah-nambah...hihihkih

nur hayati berkata...

Assalamualaikum..

Sy nak tnya kat mana nk dapatkn buah binjai ni ye? sbb teringin sgt nk mkn sambal binjai ni.sy stay d shah alam.dh cari kt sini x jumpa. hrp leh bantu yer. TQ