Jumaat, 4 April 2014

Ahhh~~chooo...(bersin)

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum dan selamat pagi Jumaat... ambik mood kita senyum 4cm... 2cm ke kiri 2cm ke kanan... Pagi yang sangat barakah ini semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini dan hari-hari bakal mendatang....

Hari ni Acu nak share info seperti tajuk di atas... ahh ~ chooo... sila tutup mulut yer... kang tersembur segala-galanye plak...hah jom Acu citer sikit pasal bersin ni..

Bersin ialah aktiviti perlindungan fisiologi badan yang tidak boleh dikawal... so lepas ni jangan la nak control macho sangat kalau nak bersin tu lepaskan je sepuas-puas hati... yang penting tutup mulut n pejamkan mata tau...sebab kena tutup mata dikuatiri kedudukan mata kita akan lari ketika bersin kerana tekanan yang dilepaskan sangat tinggi...



Ada banyak punca menyebabkan kita bersin. Apabila seseorang itu demam, tubuh akan membersihkan virus dalam hidung dengan cara bersin.

Sesetengah orang yang mengalami rinitis dan demam alergi akan sering bersin.

Apabila hidung gatal, isyarat kerengsaan ini dihantar ke otak melalui saraf trigeminal yang akan menyebabkan badan bertindak balas dengan bersin.

Sebelum seseorang itu bersin, hidungnya menjadi sakit dan gatal. Dia menarik nafas dengan cepat dan kemudian menghembus nafas melalui hidung dan mulut pada kelajuan yang tinggi!

Bersin menyebarkan pelbagai kuman yang menyebabkan penyakit berjangkit. Apabila bersin dinasihatkan agar menutup hidung dan mulut dengan sapu tangan, tisu atau tangan. 


Jangan lupa ucapkan doa ini jugak....






2 ulasan:

Sally Samsaiman berkata...

hehehe...sekarang dah kurang sally bersin... :)

*cik cempaka* berkata...

heheehe..control ayu ye sally..hihi..