Rabu, 23 April 2014

Campuran yang berkhasiat tinggi

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Alhamdulillah masih diberi kesempatan lagi untuk berkongsi serba sedikit info... Hari ni Acu nak share sikit info tentang campuran buah-buahan yang boleh di jadikan jus yang sangat berkhasiat untuk diri kita... Sedikit sebanyak boleh lah kita kurangkan pengambilan ubat-ubatan yang sedikit sebanyak boleh memberi kesan terhadap tubuh badan kita dalam jangka masa panjang....

Rujukan dari majalah Saji.

Epal + timun + seleri
Mengelakkan barah, mengurangkan kolesterol, melegakan senak perut dan sakit kepala.

Tomato + lobak merah + epal
Melembutkan kulit dan menghasilkan nafas yang segar.


Peria + epal + susu
Mengelakkan bau badan dan nafas berbau.

Oren + halia + timun
Memulihkan tekstur kulit, memberikan kelembapan pada kulit dan mengurangkan kehangatan badan.

Nanas + epal + tembikai
Mengurangkan lebihan garam dalam badan, berkhasiat terhadap pundi kencing dan buah pinggang.

Epal + timun + kiwi
Memperhalusi kulit tubuh badan.

Pir + pisang
Pengaturan kandungan gula dalam darah dikawal.

Lobak merah + epal + pir + mangga
Melegakan hangat badan, mengurangkan toksin, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengelakkan pengoksidanan tubuh badan.

Tembikai susu + anggur + tembikai + susu
Kandungan vitamin C dan B2 yang kaya ini dalam meningkatkan aktiviti sel dan menguatkan sistem pertahanan tubuh badan.

Betik + nanas + susu
Kandungan yang kaya dengan vitamin C, E dan besi ini boleh meningkatkan metabolisme dan mencantikkan kulit.

Pisang + nanas + susu
Mengelakkan sembelit.



2 ulasan:

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Thanks share info Acu... sungguh berkhasiat tu :)

*cik cempaka* berkata...

sesama kak yati...hihi...jom kak kita buat sama-sama...