Ahad, 8 Jun 2014

Nenas Lemak Tulang Kurau

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum.. Salam bersiaran malam minggu yer.. Esok nak kerojer dah.. Sambil layan television jom Acu share kan sikit menu tengah hari tadi dengan uolls..


Nenas Lemak Tulang Kurau

Bahan-bahan :

1 biji nenas
Santan (dari 2 biji kelapa)-asingkan pati santan
Tulang ikan kurau secukupnya
2 batang serai (diketuk)
1 biji bawang besar (ditumbuk)
8 tangkai cili api (ditumbuk)
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukupnya

Cara-caranya :

Nenas di hiris-hiris. Kemudian masukkan santan cair terlebih dahulu ke dalam periuk.
Masukkan bahan ditumbuk tadi (bawang, cili dan serai)
Lepas tu, masukkan tulang ikan kurau dan biarkan seketika.
Apabila agak menggelegak masukkan nenas dan pati santan.
Akhir sekali masukkan garam dan serbuk kunyit.

2 ulasan:

ecah khalili berkata...

ecah tak masak ngan nenas..buat dengan terung bulat je..en.suami tak bagi makan nenas walaupon dah 8bulan++ pregnant..alahaiii..terliur tengok nenas tu..

Noor Mala Shahar berkata...

sedap masak lemak ni...