Ahad, 1 Jun 2014

Kuih Gertas

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum... Morning uolls... Alhamdulillah masih diberi kesempatan diberi nyawa pagi ini.. Terima kasih Allah...

Pagi minggu ni Acu rajin sangat... Puji diri dulu... Kalau nak tunggu orang puji sampai kesudah takkan merasa...hahaha... Acu lepas solat subuh tadi tetiba je rajin nak buat serapan pagi ni... Nak kelainan sikit pagi ni... Tak mau dah layan cekodok dah...hihi... Pagi ni menunya Kuih Gertas...




Bahan-bahan A :

2 cawan tepung pulut
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan kelapa parut
Sedikit air
Secubit garam

Bahan Sira

1/2 cawan gula
Sedikit air

Cara-caranya :

Bahan A :
-Satukan tepung pulut dan tepung gandum.
-Masukkan kelapa parut dan perasakan dengan sedikit garam.
-Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil uli bahan campuran tadi sehingga lembut.
-Bentukkan adunan kepada beberapa bahagian dan leperkan.
Panaskan minyak dan goreng adunan yang telah dibentuk tadi sehingga kekuningan.
-Setelah masak, angkat dan biarkan ia sejuk sebelum disira.

Cara Sira

-Untuk buat siranya, masak gula bersama air.
-Biar hingga air gula berbuih dan pekat.
-Kemudian masukkan kuih yang telah digoreng tadi dan golekkan kuih sehingga gula kering dan melekat pada kuih.

2 ulasan:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata...

Lama akak tak makan kuih ni CC.. teringat akak masa kecik dulu.. mak akak selalu buat :)

p/s jika tak keberatan boleh tak perlua ada kelulusan yg bernombor bagai ni.. cuma kelulusan dari CC jer..

Nur Amira berkata...

Dah tryyyyyy~ sedap sgt sis (: thanks yeaaa