Rabu, 3 April 2013

Penantian...

Bismillahirohmanirohim...
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani)

Entry untuk malam ni... Petang tadi (02/03/2013) dalam pukul 4 petang Harraz telah dimasukkan ke bilik bedah seperti yang diberitahu ayah Harraz... Berdoa terus berdoa semoga dipermudahkan segala-galanya...

Aku terus menghantar mesej sejam selepas Harraz di bilik bedah kepada ayah Harraz... tidak dibalas aku cuba pulak menghantar mesej kepada ibu Harraz... Hati tidak senang kalau tidak tahu perkembangan anak kecil itu... Maklumlah awak ni jauh nak menjengguk muka tidak mampu... hanya mendengar khabar dari tipon je lah...

Dalam jam 8 malam mesej dari Alang aku terima... Alhamdulillah Harraz telah selamat dibedah dan baru keluar dari bilik bedah... Ibu kata tak bole dekat lagi dengan Harraz sebab dia masih dikelilingi staff nurse... Tengah betul-betulkan wayar pikir ku... Allah risaunya lah hati... Ibu kata Harraz di masukkan ke bilik rawatan rapi selepas keluar dari bilik bedah tadi...

Aku masih menanti berita dari ibu Harraz sehingga di saat tengah menaip entry ini pun ibu nye masih memberikan berita.. Berita terbaru tempat pembedahan Harraz masih berdarah dan terus berdarah... Doktor masih membuat pantauan.. Dan kalau masalah ini berlarutan doktor kata Harraz perlu dimasukkan ke bilik bedah semula kerana ingin melihat apa punca darah terus keluar.... Ya Allah.... Maknanya kene buka balik lah tempat pembedahan tadi... Allahuakbar... Ya Allah ... Bantulah anak kecil itu... Mesti ibu dan ayah Harraz tengah di dalam keadaan pilu sangat mendengar berita itu dan terus setia menanti perkembangan anak kecil itu.. Ya Allah... Kau peliharalah dan lindungilah anak kecil itu dari sebarang kesulitan... Sesungguhnya hanya padaMu ku memohon pertolongan... Kau makbulkanlah doa ku ini Ya Allah... amin..amin.. Ya Rabbal Alamin..

Doa terus berdoa... Allah Maha Mendengar....

Tiada ulasan: