Khamis, 27 Mac 2014

Murtabak Maggie

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Mintak maaf terlebih dahulu Acu hulurkan... Bukan sebab nak tunggu raya je nak mintak maafkan... Iyelah kita insan biasa yang tak lari dari melakukan kesalahan kesilapan setiap masa... Minta maaf minta ampun tak sampai 1 jam buat dosa, buat salah balik...huhuhu... Acu minta maaf sebab lambat nak up date kan resepi ni...huhu... kalau ada yang sedang menanti atau menunggu im so sorry yer...uhuhu... resepi ni memang agak leceh sikit nak menghasilkan nya tapi kalau dah siap sedap sangat makannya....

Jom layan resepi nye... tak mau lah membebel sangatkan...

Murtabak Maggie Kari



Bahan-bahan :

2 bungkus maggie kari
2 biji telur
1 biji bawang besar (dihiris)
1 paket cendawan (disiat-siat)
4 keping kacang panjang (potong kecil)
1/2 batang lobak merah (disagat halus)
5 keping isi ketam (dihiris kasar)
3 biji cili (hiris nipis)
Sedikit serbuk lada hitam
Garam
Minyak

Cara-caranya :

- Pecah-pecahkan maggie. Didihkan air dan masukkan sedikit garam. Celurkan seketika mee maggie. Tapi     jangan terlalu kembang. Angkat dan toskan air.
- Semua bahan-bahan sayur, isi ketam, cili dan bawang di campur dalam satu bekas.
- Dalam mangkuk berlainan pecahkan sebiji telur. Masukkan sedikit serbuk kari maggie dan serbuk lada hitam. Kacau bagi sebati kemudian masukkan bahan sayur-sayuran tadi dan campurkan sedikit mee maggie. Kacau rata.
- Panaskan minyak dan masukkan bancuhan murtabak tadi. Ulang sehingga habis adunan yer...
- Biarkan sehingga garing baru di terbalikkan. Siap

p/s : Jangan letakkan telur terlalu banyak didalam bancuhan kerana dikuatiri di bahagian tengah murtabak tidak masak. Acu cadangkan uolls ketuk-ketuk sedikit bahagian tengan murtabak anda dengan sudip.. ala sesi ala-ala macam toreh-toreh sikit bagi minyak masuk sampai ke dalam. baru garing luar dan dalam.... uolls boleh makan dengan sos cili or nak sedap boleh makan dengan kuah kari...perhh...sodapnye....

2 ulasan:

Herni Hakimi berkata...

ini ibu adam mau makan berkeping2 ni.. :D

*cik cempaka* berkata...

adami gemok...hihi