Sabtu, 22 Mac 2014

Nasi Goreng Cendawan Ketam

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan selamat pagi uolls... Teruskan berdoa untuk MH370... Segala terjadi semua telah tertulis oleh Nya...

Mood kerja di hari Sabtu... Faham-faham jelah.. Tapi alhamdulillah masih ada semangat untuk bongkar buku yang baru sampai ni... Kerja tetap kena setle kan, mood jangan di layan...lalalala...

Hari ni Acu nak share menu berbuka semalam... Saja je nak try test buat Nasi Goreng Cendawan Ketam ni... Tapi sedih sikit sebab isi ketam tu tak nak nampakkan dirinya sangat...sobsob... Tapi rasa puas hati wooo... Tak caya try lah sendiri...

Nasi Goreng Cendawan Ketam



Bahan-bahan :
1 pinggan nasi putih
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 biji bawang besar (ditumbuk)
2 tangkai cili (ditumbuk)
1 bungkus kecil cendawan (disiat-siat)
2 tangkai kacang panjang (potong dadu)
5 keping isi ketam (potong 1 inci)
1 sudu lada hitam kisar
1 biji telur
Garam secukup rasa

Cara-cara :
- Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk hingga kekuningan.
- Masukkan garam secukupnya. Gaul rata.
- Kemudian masukkan isi ketam dan telur. Kacau lagi.
- Masukkan nasi, kacang panjang, cendawan dan lada hitam. Kacau hingga sebati. Siap.


4 ulasan:

Sally Samsaiman berkata...

lama tak main masak-masak :)

*cik cempaka* berkata...

hahaha...sally jom kite main masak2...

Dahlia Abas berkata...

ringkasnya resepi boleh cuba buat utk anak2

*cik cempaka* berkata...

hihi...yg ringkas tu memang kesukaan acu...