Selasa, 6 Mei 2014

Ikan Goreng Taucu

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Hari ni Acu nak share resepi Ikan Goreng Taucu... Jom layan resepinya....

Ikan Goreng Taucu
















Bahan-bahan:-

5 ekor ikan biji nangka (digoreng terlebih dahulu)
10 tangkai cili api (dibelah dua)
1 inci halia (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji bawang besar (di mayang)
3 sudu besar taucu
sedikit air asam jawa
sedikit minyak

Cara-caranya:-

- Tumiskan bawang putih, halia dan cili api.
- Kemudian masukkan taucu dan sedikit air asam jawa.
- Masukkan ikan yang telah di goreng tadi dan bawang besar. Kacau dan rasa. Kalau kurang masin taucu boleh lah tambah sedikit garam dan serbuk perasa. Jangan masukkan garam sebelum rasa, dikuatiri terlalu masin kerana taucu pun telah ada garam sendiri.

Tiada ulasan: