Rabu, 1 Mei 2013

Selamat Hari Buruh

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua... Sayang korang kerana masih sudi baca entry teman di sini... yuhuuu... masih... masih semua...

Semalam dok syahdu sangat melayan memacam perkara yang nak di setle kan sempena cuti hari ni nak pergi kerja pun tinggal handphone ai tau... hadoiiyaiii.. Acaner plak handphone si Kak Ngah aku boleh ingat handphone aku yang tertinggal.... Langsung tergendala misi aku nak hup date entry 'hadiah bulanan' aku.... Tapi it's okay lah janji hari ni aku up date jugak entry kan...Untuk dia heh.. Untuk anda.... hehehe...

Semalam asyik keluar masuk Cik Kuning... Banyak urusan nak di setle kan semalam... Bawak anak-anak kucing aku pergi Klinik Veterinar Kuala Selangor... Bagi ubat cacing and vitamin... Nak juga cari ubat selsema untuk Notty kucing jantan kesayangan Kak Long yang hobi nye memancut tak sudah kat umah tu.. hadoii... Tapi dah habis stok kena pergi beli kat farmasi... Baru tau nama ubat selsema kucing... Tapi budak-budak pun boleh... Nanti aku share kan di lain entry yer... Nanti tajuk entry ni marah plak kat aku sebab dah lari tajuk...muahahaha....

Lepas pergi bawa kucing pergi klinik aku pergi hantar Kak Long plak kat Station Ktm Sungai Buloh... Kak Long pergi sambung tugas jaga Harraz Nasri kat Hospital PPUM.... Elok juga dia jaga Harraz kat hospital tu kalau tak dia dok rumah asyik nak membuta je kerja nya... haiyaaa... Padan muka kena buli dengan Harraz... Budak baik dan kuat semangat itu...

Di petang hari pulak aku bawak Abah pergi Klinik Rosli kat Bestari Jaya ni... Lama-lama aku tengok Abah makin kurus... Risau gak... So aku dah berhajat sangat nak bawak Abah dan nak tau sakit apa sebenarnya Abah ni... Check kandungan gula Abah 8... Doktor kata okey tak tinggi sangat dari sebelum ni 12... Check pulak tekanan darah abah pun normal kata doktor.... Tapi doktor pun kata macam ada tak kena je dengan Abah tu... Kurus sangat... Aku mintak doktor bekalkan Vitamin untuk abah biar ada selera nak makan... Abah dapat ubat sembelit dan 3 paket sejenis serbuk ubat untuk pelawasan perut Abah sebab Abah ngadu susah nak buang air besar... Doktor cadangkan Abah kena buat pemeriksaan darah... Untuk pemeriksaan menyeluruh katanya... Sebelum aku bawak Abah pergi klinik tu Abah ada gitau nak singgah kedai nak beli ubat... "Aku tanya ubat apa?"... Abah kata.. " Ubat angin perut..."  "Ubat apa?".. aku tanya lagi.... "Air Ais Krim Soda ubat angin..." hahh... "Tu bukan ubat angin tu Abah tu ubat kencing manis..." Aku jawab... Abah memang takmo dengar bila aku cakap air yang bergas ni tak boleh minum sebab kandungan gula sangat tinggi... Masa depan doktor tu aku gitau doktor... Doktor nasihatkan Abah... Baru nak dengar... Dan-dan balik umah terus bagi aku ais krim soda setengah botol baki yang Abah minum... Sabar je lah dengan Abah ni....

Dalam pukul 4.00 petang pulak melayan karenah kakak dan anak buah aku nak pergi Kuala Selangor cari barang... Nasib.. Nasib... Cik Kuning  bergerak lebih semalam... Mekasih Cik Kuning banyak jasa kat Cik Puan ni ye... Pape pun Alhamdulillah setle semua semalam...


Dan di akhir cerita baru aku nak buka pasal tajuk di atas... Mintak maap ye tajuk entry hari ni... Banyak pulak nak di kabor kan entry untuk hari ni... Lari tajuk sudah... adeiii...
Selamat menyambut hari buruh pada semua pekerja aku ucapkan... Termasuklah untuk diri sendiri... Walaupun 1 hari tapi syukur alhamdulillah sekurang-kurangnya di hargai jugak pada setiap tahun... Tetap diraikan dan di sambut pada setiap 01 Mei setiap tahun... huyeeiii.... Ada gak masuk kalendar kan... hukhuk.... Pada yang tak dapat cuti pada tarikh 01 Mei tu korang buat-buatlah hargai jugak yer... huhuhu.... Hokay dah habis.... Wassalam...


Tiada ulasan: