Isnin, 27 Mei 2013

Pisang Gulung Sos Coklat



Bahan-bahan :-

5 biji pisang berangan
Kulit popia } secukupnya
2 sudu tepung gandum  } bancuh bersama air untuk pelekat
Minyak

Cara-cara :-

- Pisang di potong empat memanjang.
- Kemudian gulungkan pisang tadi di dalam kulit popia. Di hujung kulit di lekatkan dengan bancuhan tepung
   gandum supaya ia tidak terbuka bila di goreng.
- Goreng dengan api yang kecil supaya kulit popia tidak terlalu hanggit.

Bahan sos coklat :-

1 sudu besar majerin
2 sudu besar serbuk coklat
2 sudu besar susu pekat manis

Cara-cara :-

- Cairkan mentega dengan api yang kecil. Jangan sampai hanggit.
- Bila mentega sudah cair masukkan susu. Kacau sekata.
- Masukkan serbuk coklat. Kacau rata. Tutup api dan jangan di biarkan di atas dapur kerana sos coklat
  akan cepat memekat.

** Pisang yang cukup masak dan kadar api yang cukup akan membuatkan pisang cair di dalam gulungan
     kulit popia... dan sangat sedap makan ketika panas bersama sos coklat.

Tiada ulasan: