Isnin, 20 Mei 2013

Bubur candil

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan morning uolls... Harap uolls sihat hendaknya... Entry kali ni nak share satu menu petang.... Jom layan....


Bubur candil 
Rujukan : Majalah Rasa




Bahan-bahan :-

450 gm tepung pulut
1 biji santan kelapa
1/2 ketul gula melaka ( di larutkan ke dalam air )
2 sudu gula pasir
2 helai daun pandan
Air secukupnya
Sedikit pewarna merah, hijau dan kuning telur
Garam secukupnya






Cara-cara :-

- Bancuh tepung dengan sedikit air dan uli sehingga menjadi doh. Bahagikan tiga bahagian.
- Satu bahagian untuk pewarna hijau, satu bahagian pewarna merah dan satu bahagian warna kuning telur.
- Gentel dan uli menjadi bebola kecil.
- Kemudian rebus tepung pulut yang telah di gentel menjadi bebola kecil tadi.
- Dalam periuk berasingan renehkan santan. Masukkan air gula melaka, daun pandan dan gula pasir.
- Akhir sekali masukkan bebola kecil tadi dan sedikit garam. Kacau seketika. Siap.

info dapur :-
- Bebola kecil akan melekat sesama sendiri selepas di angkat dari rebusan. untuk menggelakkan ia dari
  melekat rendam ia ke dalam air.

2 ulasan:

Unknown berkata...

cantiknya warna bebola cik cempaka...kalau adam tengok mesti suka.. :)

Latifahzainal berkata...

ohh bubur candil nama dia..x taw nama tapi selalu gak makan..