Sabtu, 20 April 2013

Langkah mudah untuk kulit bersih

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Jom kita kongsi info langkah mudah untuk kulit bersih...

Rujukan : Dari Lifestyle Yahoo.. Kredit untuk yahoo..

Ramai dikalangan anda yang bimbang tentang kebersihan kulit muka terutamanya golongan wanita. Walaupun penjagaan muka adalah penting, tetapi ramai yang tidak tahu bagaimana melakukannya.

Disini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tips untuk anda cuba: 

Basuh tangan sebelum cuci muka

Sebelum anda bermula untuk mencuci muka anda, bersihkan tangan dengan sabun anti-bakteria supaya bakteria supaya tangan anda bebas dari sebarang bakteria dan baru cuci muka anda. 

Membersihkan solekkan sebelum tidur
Lap muka anda dengan 'wet tissue / make up remover' untuk membersihkan solekkan di muka anda. Elakkan memakai tisu biasa atau kain. 

Cuci muka
Elakkan menguna air yang terlalu panas apabila mencuci muka kerana ia akan menyebabkan saluran darah kapilari (saluran darah yang paling halus) pecah dan kesan kemerahan kulit di sekeliling hidung dan pipi. Sebaiknya gunalah air suam. 

Basuh muka bersama pencuci muka
Ratakan sabun pencuci muka anda dan basahkan terlebih dahulu dengan air. Kemudian gosok dengan tapak tangan sehingga berbuih dan sapukan pada muka anda. 

Buat urutan
Siapa kata hanya di spa sahaja anda boleh mendapatkan urutan? Ramai tidak tahu, sebenarnya jika kita urut muka dengan betul ia akan membantu meningkatkan aliran darah dan oksigen pada kulit muka. Jadi pastikan anda urutkan kulit anda dengan teknik putaran. 

Bilaskan muka
Selepas mengurut muka, bilaskan muka anda dengan air suam. Ia akan menjadikan kulit anda segar. 

Lapkan muka dengan tuala
Gunakan tuala yang bersih. Tetapi jangan tonyohkan terlalu kasar. Ia akan mencederakan kulit anda. Anda hanya perlu lapkan perlahan-lahan. Gunakan kain yang lembut. 

Pelembap muka
Selepas keringkan muka anda, gunalah toner untuk boleh menyegarkan kulit dan krim pada waktu malam sebelum tidur. Kulit anda akan kelihatan lebih segar dan bersih berbanding sebelum ini.

2 ulasan:

MaMa Rey berkata...

salam kenal cempaka..sy follow sini ya..

baru tau kena cuci tangan sebelum cuci muka..selama ni terus je cuci muka dgn pcuci muka..huhu..tq info ini cempaka..:)

*cik cempaka* berkata...

salam perkenalan jgk mama Rey..

hehee..2 la kt sama2 kongsi info yer...