Khamis, 25 April 2013

Sambutan Hari Buku Sedunia

Bismillahirahmanirahim....

Assalamualaikum dan salam sejahtera uolls...

Semalam dapat jemputan dari 'Tuan Tanah' bagi program' Sambutan Hari Buku Sedunia ' yang diadakan di Perpustakaan Daerah Kuala Selangor... Tapi semalam tu jemputan untuk sesi merewang je... Sebagai staff yang baik...( ehem..ehem... nada angkat bakul sendiri ni...) kena peka dan perlu bertindak mengikut arahan.... ahahaha.... Serius lah aku staff yang baik kalau tak mesti tak terpilih menjadi staff kat library kan...ahahaa... Semalam aku tolong susun buku untuk " Buku Pameran " dan tolong apa yang patut... Tak dan pulak nak snap gambar... Ibu Linda busy dengan melakar dan memotong kraf tangan topeng rama-ramanya... Tapi malang nya hari program tu aku tak de... Sebab nya???... Aku tak terpilih... sob..sob..sob... Ibu Linda je yang pergi hari ni sebab nya Ibu Linda kena jadi Mc bagi majlis tersebut dan handle untuk aktiviti kraf tangan.... Sebenarnya aku rindu sesangat dengan kakak-kakak senior dan staff library di daerah aku ni... Lama sangat tak jumpa dorang... Bilalah kita nak berjumpa dan berkumpulkan... Syiok sangat kalau dah berkumpul ni... Macam-macam cerita, gurau senda dan ilmu yang di bincang dan di kongsikan.... Macam adik-beradik pun ada kitorang ni... Sayang korang semua.... muuahhhh.....hehehe....

' Think positive '... Yupp... Bila kita pegang pada perkataan think positive ini insya'Allah semua yang kita fikir dan lakukan mesti kearah kebaikan... Macam kes aku ni lah... Walaupun aku tak terpilih untuk menjayakan aktiviti tersebut tapi aku faham sebab nya perkhidmatan di kawasan kita perlu di buka untuk pengguna juga... Dan mungkin pihak atasan ada sebab tertentu untuk membuat keputusan macam tu.... Pada teman-teman seangkatan dengan aku yang tak di jemput untuk program Sambutan Hari Buku Sedunia pada hari ini jangan lah berkecil hati yer... Sabar dan doakanlah yang terbaik untuk majlis di daerah kita... Good luck juga untuk Ibu Linda... Jangan marah sebab masih terpilih menjadi orang penting untuk setiap program dan majlis... hehehe... Mungkin itu kelebihan anda kerana terpilih untuk menjadi Mc or Pengerusi Majlis... Semua boleh bercakap tapi untuk bercakap di depan khaliak ramai mungkin tidak... Contoh terdekat tak payah jauh-jau... Aku nilah... hahaa.. Mau jadi tak formal langsung majlis tu nanti... Tapi kalau di asah mungkin boleh... Yang penting perlu ada keyakinan diri yang tinggi...

Hari ni aku tengah jadi operator handphone bagi menunjukkan arah pada anak akak aku si Kak Long pergi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)... Hari ni Kak Long jadi pengasuh Harraz pulak... Giliran Kak Long pula jaga Harraz sempena cuti semesta ni kan... Lagipun Kak Long kata dah lama sangat dia tak jumpa Harraz... Rindulah tu... " Along tak kesah nak jaga Harraz yang penting ada makanan..." tu jawapan si Kak Long bila di tanya boleh tolong jagakan Harraz tak... Kuat makan ikut siapalah tu...ish..ish..ish.. Tak pe Long kat hospital tu memang ada pakwe handsome yang hantarkan makanan.... ahahaha... Handsome laa sangat.... Sampai yang ada sorang tu naik menyampah Harraz tengok... Dan boleh menghilangkan mood Harraz time tu... Siap nanges lagi dia kalau orang tu tegur dia... Nyampah benor dia... Pandai jugak Harraz ni tengok orang yer... Nak yang ada rupa je... Hamboi..hamboi... Semoga selamat semuanya.... Kesian jugak dengan Nek Wan Harraz yang sekarang masuk hospital yang sama sebab sakit batu karang... Semoga di permudahkan segalanya dan Nek Wan cepat sembuh ... Amin...

6 ulasan:

Herni Hakimi berkata...

time kasih cik cempaka...pasni siap sedia la, bakatmu akan diasah...hahahahahha...

*cik cempaka* berkata...

hahaha...kita xde bakat pun..menyakat ada la...hakhak..

latifah zainal berkata...

sy ade pyakit takot nak bercakap dikhalayak ramai sbb xde keyakinan diri dan tak biase.kdg2 sampai lupa ayat walaupun ayat yg mudah..huhu

*cik cempaka* berkata...

hehee..sama lah kt ipah...acu ni pun potpetpotpet bcakap 2,3 org ble r...kalau nk ckap dpan org rmai xde laa...hish kang tetiba plak rasa nak terkucir..time 2 la plk...hahaha...

Mizz Aiza berkata...

betul tu.. bakat boleh diasah.. :D

*cik cempaka* berkata...

Mizz Aiza mmg kena asah baru tajam kn...hehehe